Tuesday, January 6, 2015

Kebaikkan Minyak Zaitun.

Minyak zaitun adalah minyak sayuran yang boleh dimakan terus, segar diperah daripada buah. Kesan dari segi perubatan ialah minyak zaitun tinggi dengan kadar masam lemaknya dan kadar antidiksida . Kajian menunjukkan miyak zaitun memberikan perlindungan daripada penyakit jantung dengan mengawal jumlah kelesterol yang tidak baik iaitu LDL. Selain itu, ianya juga mampu meningkatkan HDL, iaitu kolesterol baik..

        Semasa membeli minyak zaitun pilih minyak yang mengandungi zaitun EXTRA VIRGIN iaitu minyak zaitun asli. Minyak zaitun ekstra virgin adalah pati buah yang diambil secara mekanikal daripada buah zaitun dan tidak mengandungi bahan kimia yang digunakan ketika proses pengambilan.

1. Kanser.




Kelebihan Buah Kurma.


Kandungan gula semulajadi dalam kurma jauh lebih sihat daripada gula pasir. Kurma baik bagi menyembuhkan BATUK, SELSEMA, ASMA,RANDANG SALURAN LEHER,DEMAM dan HATI. Serat dalam kurma sangat halus sehingga ia tidak mencederakan perut. Kurma juga memberikan tenaga ekstra untuk mereka yang biasa melakukan senaman dan kerja keras.

Manfaat Kesihatan.

1. Membantu Pencernaan.

    Kurma mengandungi 20 jenis asid amino yang berperanan dalam proses pencernaan. Ini adalah sebab mengapa kurma mudah dicerna dan dapat memberikan tenaga untuk tubuh badan bagi melakukan kegiatan dalam sekitar setengah jam.

2. Sembelit.

    Minum dua sudu makan pati kurma pada waktu pagi . Ini baik untuk meransang gerak peristalsis.

3. Diabetes.

    Mereka yang menderita diabetes dapat menggunakan manisan buah kurma dalam diet. Kurma bermanfaat bagi membantu menjaga kadar gula dalam darah.

4. Demam Berdarah.

  • Beli dua botol pati kurma.
  • Minum setengah botol pada waktu pagi dan setengah botol pada waktu petang,
  • Ulangi perkara yang sama pada hari berikutnya,
  • Memperbanyakkan rehat . Minum air dengan banyak sepanjang proses penyembuhan.
  • Demam akan hilang dengan izin ALLAH SWT.
5. Cirit - birit.

    Kurm masak mengandungi kalium. kalium penting bagi mengawal cirit-birit. Zat itu mudah dicerna dan membantu bagi menangani cirit-birit.

6. Masalah Hati.

    Kurna adalah baik untuk masalah hati dan sesuai bagi menyelesaikan masalah pernafsan. Kurma tidak membahayakan jantung kita.

7. Ulser.

    Kurma baik untuk menyembuhkan semua masalah perut. Ambil 3 biji kurma pada waktu pagi dan petang pada setiap hari. 

   

Wednesday, December 31, 2014

Ulang Tahun Perkenalan.

Assalammulaikum..

Selamat Tahun Baru 2015 ! Welcome 2015 !!!

Ehh, tajuk ulangtahun perkenalan tapi kenapa cakap selamat tahun baru pulak kan.. hehe
Tarikh tahun baru sama dengan tarikh ulang tahun perkenalan aku dengan dia..
Kenapa aku terima dia malam tahun baru? sebab kawan2 dia menyakinkan aku bahawa
dia tak merokok lagi dah, malam tahun mereka tanpa merokok..
Terharu beb dengar dia tak merokok maksud nya dia betul2 dah betul demi aku..
Aku yakin dia betul2 ikhlas inginkan aku menjadi orang yang istimewa dalam hidupnya..
ALHAMDULLILLAH !!!!
3 Tahun hubungan kami...
Tahun 2015 masuk tahun ke 3 kami bersama..
AKU , excited post sana sini kat laman sosial mengenal ulang tahun kami..
tapi dia post "Tahun baru tak ada apa2, sama jer, tak ada yg istimewa"
ALLAH!!
Sentap aku baca status dia,
Alasan dia apa ?
Sebab buat apa nak orang tahu hari bahagia kita, cukup jela kita yang tahu..
ulangtahun pernikahan lagi bahagia..
aku TAK FAHAM apa maksud dia,
luluh hati ini, menangis hati bagai dihiris pisau yang tajam...
YA ALLAH ! SAKIT SUNGGUH ...
Mungkin aku kelihatan sikap kebudak-budakkan kot apabila post sana sini,huhu

Aku harapkan BAHAGIA,
Aku harapkan CINTA
Aku harapkan IKHLAS
Aku harapkan KEJUJURAN.
DAN LAIN-LAIN SEPERTI INSAN YG BERCINTA.

DOAKAN HUBUNGAN YANG HALAL BAGI KAMI...

Friday, December 12, 2014

Analisis Kepentingan Etika Dan Moral Kepada Manusia Zaman Ini.


Konsep Etika.

Konsep etika berasal dari perkataan Yunani iaitu ‘ethos’ dan ‘etikos’. Ethos membawa maksud sifat, watak, kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya manakala  etikos pula bermaksud tatasusila, adab, kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thiroux (2001), etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan yang dilakukan seseorang. Etika ini bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkahlaku manusia. Etika memberi tumpuan  terhadap tingkahlaku individu, iaitu bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu, Ismail Ibrahim (Nazimuddin:2005) menyatakan etika merupakan suatu proses pemikiran tentang baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Justeru dalam erti kata yang mudah etika ialah sistem yang berdasarkan akhlak atau tingkahlaku manusia. Manusia yang mempunyai etika yang baik mereka dapat membezakan perkara baik dan buruk.
Tingkahlaku atau tindakan manusia juga boleh dilihat secara yang sengaja atau tidak sengaja. Tindakan sengaja iaitu tindakan yang dilakukan dengan niat atau tujuan yang tersirat. Contohnya seorang penjaga menyorok barang jualan terkawal iaitu gula kerana beliau tahu harga barang itu akan naik harga apabila permintaan terhadap barang tersebut meningkat. Manakala tindakan tidak sengaja pula ialah tindakan yang dilakukan tanpa sedari atau dikawal oleh psikomotor kerana beliau tidak mahu stok gula di kedainya habis dan masa untuk mendapatkan stok barang mengambil masa yang lama. Oleh itu ,beliau membuat simpanan stok gula yang banyak dalam sesuatu masa.
Dalam bidang tingkahlaku, seseorang itu boleh bertindak secara dalaman atau arus kesedaran. Ini termasuk berunsurkan motif , nafsu dan niatnya. Tindakan luaran pula termasuk gerak geri fizikal badannya dan perwatakannya. Tingkahlaku yang dikaji termasuk tingkah laku individu dan pengaruhnya dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu,perkataan ‘etika’ dengan moral terdapat maksud yang berlainan. Etika menekankan suatu kajian tingkah laku moral manakala moral menyentuh tentang tingkah laku seseorang itu.

 Konsep Moral.

Perkataan moral berasal dari bahasa latin ‘mores’ bermaksud adat kebiasaan atau ‘moralis’ yang memberi maksud tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan hidup bermasyarakat. Konsep moral membawa maksud kepada keupayaan mengenal perbezaan tingkahlaku mana yang benar atau salah. Konsep moral ini berkait rapat dengan kesedaran seseorang. Moral sesebuah masyarakat merujuk kepada perlakuan masyarakat tersebut dalam konteks mendukung nilai-nilai peradaban secara umum.
Dalam setiap masyarakat mempunyai adat resam, tatasusila atau tatahukum dan peraturannya sendiri. Setiap masyarakat mempunyai peraturan yang berbeza. Peraturan-peraturan sosial masyarakat ini wujud sama ada secara tertulis atau tersirat dalam sosial budaya setiap kaum. Peraturan sosial ini biasa digunakan sebagai kayu ukur sifat kemurnian individu itu dalam masyarakatnya. Sifat kemurnian ini termasuklah sikap amanah, kejujuran, kesucian, bertanggungjawab  dan sebagainya. Oleh itu, konsep moral merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan sosial sesebuah masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu itu sendiri.
Menurut Dorothy (1979) beliau mengatakan bahawa manusia akan bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkah laku seseorang. Segala peraturan masyarakat mestilah diterima sebagai fakta-fakta kehidupan sosial masyarakat kerana peraturan ini akan menjadi garis panduan atau batasan dalam pergaulan dan hubungan antara satu sama lain.(James,1980)

  Kepentingan Etika dan Moral pada zaman ini.

Kepentingan Etika.

Pada masa kini,etika amat penting dalam segenap kehidupan manusia kerana etika akan membantu kepada pembentukan keharmonian, kesejahteraan dan kedamaian hidup. Kepentingan etika dapat dilihat dari segi individu, keluarga ,organisasi , masyarakat dan Negara.

Secara individunya, seseorang yang beretika akan dapat menikmati kebaikan fizikal ,rohani dan mental. Orang yang beretika akan sentiasa menjaga tingkahlakunya agar tidak bertentangan atau melaggar  kehendak masyarakatnya. Begitu juga dengan kemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi yang membantu kepada pembentukan sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan lain-lain lagi.
Dari segi mentalnya pula, orang yang beretika mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan perhitungan buruk dan baik sebelum melakukan sesuatu. Dengan itu, jadilah ia seorang yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul walau di mana ia berada kerana nilai etika telah membentuk falsafah hidup,gaya berfikir dan tindak tanduknya. (Nazirmuddin,2005).
Manakala sebuah keluarga yang mempunyai amalan etika yang tinggi bukan hanya wujud perasaan tanggungjawab yang tinggi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain malahan berjaya mewujudkan suasana mesra, aman, harmonis, kerukunan rumah tangga, keutuhan kekeluargaan dan setiap ahli keluarga akan berasa selamat dan bahagia. Sebagai contoh pasangan suami isteri perlulah ada sifat tolak ansur antara satu sama lain supaya keluarga mereka hidup aman damai tanpa sebarang konflik yang berlaku di dalam keluarga.
Nilai etika dalam sesebuah organisasi atau institusi amat penting. Seandainya seluruh organisasi memiliki nilai etika yang tinggi ,masalah pelanggaran disiplin organisasi seperti ponteng kerja, rasuah, penyalahgunaan kuasa, gangguan seksual dan sebagainya tidak akan timbul. Dengan itu lahirlah suatu budaya kerja yang positif  yang mementingkan produktiviti dan kualiti yang tinggi, persekitaran organisasi yang kondusif, semangat kekeluargaan dalam organisasi berkenaan yang menyumbang kepada peningkatan keutungan organisasi. Sebagai contoh, pada masa kini kebanyakan organisasi tidak kira sama ada kerajaan atau swasta mereka telah menetapkan etika bagi pekerjanya supaya matlamat organisasi mereka tercapai. Sebagai contoh organisasi perbankan , pekerjanya perlulah bercakap dengan sopan dan sentiasa melemparkan senyuman kepada pelanggan. Oleh kerana pengurusan organisasi juga mengamalkan etika yang tinggi keuntungan tersebut akan turut di kongsi bersama pekerja. Maka bukan sahaja organisasi yang menikmati kemakmuran itu tetapi pekerja juga turut terlibat. Organisasi yang memperolehi keuntungan yang tinggi akan berkongsi keuntungannya bersama pekerja dengan memberikan bonus atau ganjaran setiap hujung tahun.
Manakala bagi masyarakat dan Negara dengan adanya individu , keluarga dan organisasi yang beretika tinggi,masyarakat dan Negara juga akan turut mencapai faedahnya. Masyarakat akan menjadi lebih progresif ,aman, damai dan harmonis. Negara juga turut aman ,damai, maju dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan tahap amalan etika yang tinggi selama itulah bangsa itu akan  terus maju dan berkembang. Sejarah telah membukitkan perkara ini. Beberapa tamadun agung yang pernah mengukir nama akhirnya tumpas dan lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq, Mesir, Rome , Abasiyah dan Umayyah, Melaka dan banyak lagi disebabkan oleh pemimpin dan ahli masyarakatnya sudah tidak bermoral dan beretika lagi.
Hubungan etika dengan persekitaran dan masyarakat sebagai contoh individu tidak perlulah melakukan perkara yang tidak baik yang bertentangan dengan norma masyarakat seperti mencuri, merogol, dan sebagainya. Hubungan etika dan moral secara langsung akan membentuk tingkahlaku seseorang yang berfikiran positif manakala seseorang yang bertingkahlaku negatif menunjukkan individu yang tidak beretika.
Dalam persekitaran kita, etika memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harmoni seharian. Ini kerana ia berkaitan dengan empat perkara utama iaitu etika dan kuasa, etika individu , etika undang-undang dan etika dan agama. Etika dan kuasa bermaksud seseorang individu akan menggunakan kuasa yang beliau ada mengikut saluran yang dibenarkan. Sebagai contoh , seorang anggota polis tidak boleh mendakwa atau menahan  seseorang yang disyaki penjenayah tanpa bukti yang kukuh kerana beliau akan melanggar etika dan bidang kuasa sebagai seorang anggota polis. Jika beliau melanggar etika sebagai anggota polis beliau boleh didakwa.
Etika individu pula merujuk kepada nilai etika yang ada dalam diri seseorang individu. Individu yang beretika tidak akan melakukan perkara yang akan melanggar norma masyarakat. Mereka biasanya akan menghormati diri sendiri dan orang lain dalam melakukan sesuatu perkara. Etika dan undang-undang menunjukkan bahawa individu yang beretika sudah pasti tidak akan melanggar batas undang-undang Negara. Sebagai contoh, seseorang yang beretika tidak akan melanggar peraturan seperti berhenti ketika lampu isyarat merah, memakai tali pinggang kelender, tidak memandu melebihi had dan sebagainya.  Etika dan agama ialah individu yang berpegang teguh kepada ajaran agama akan mudah melaksanakan nilai-nilai etika. Setiap agama mempunyai etika yang tersendiri mengikut kepercayaan mereka. Sebagai contoh, agama islam mempunyai etika ketika berpakaian. Etika berpakaian bagi lelaki dan wanita islam tidak sama. Bagi lelaki mereka wajib menutup aurat mereka daripada paras pusat hingga ke bawah lutut, manakala bagi wanita muslim mereka wajib menutup semua tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua pegelangan tangan mereka. Jika mereka tidak melaksanakan mereka akan dianggap berdosa dan melanggar peraturan dalam agama.


     Kepentingan moral.

Kesibukan dalam mengharungi kehidupan moden yang lebih berprinsipkan kepada pertimbangan materialistik ada kalanya manusia terlupa bahawa ada manusia lain yang hidup di sekeliling kita. Manusia kini menjadi begitu rakus  sehingga membuat sesuatu pertimbangan melebihi nafsu daripada akal fikiran yang telah dianugerah oleh tuhan untuk menilai sesuatu perkara sama ada baik atau buruk sebelum membuat keputusan. Akibatnya manusia lebih mementingkan diri sendiri seterusnya melupakan tanggungjawab dan kewajipan untuk hidup dalam keluarga,agama ,masyarakat dan Negara.
Moral adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia dapat membantu manusia untuk mengenali mana yang benar atau mana yang salah. Ianya berkaitan dengan kesedaran tentang kekuatan yang mantap. Kombinasi ini akan melahirkan corak pilihan yang baik atau buruk. (Tam Yeow Kwai, 1996) Kepentingan moral ini dapat dilihat dari segi individu,keluarga,masyrakat dan bangsa.
Secara individu seseorang yang bermoral akan merasakan kehidupan aman dan sejahtera. Bagi menikmati kehidupan yang aman dan sejahtera manusia perlukan kasih sayang, keselesaan, kedamaian, dan kestabilan. Sehubungan dengan itu, manusia mesti patuh kepada prinsip-prinsip kemoralan yang akan membawa kepada sikap bekerjasama diantara satu sama lain yang dapat menghindarkan diri daripada rasa takut dan kehilangan nyawa, dihina, dicuri harta bendanya, ditipu, disekat kebebasannya dan ditindas. Jadi sikap moral itu adalah asas untuk manusia hidup. Individu yang bermoral akan disenangi oleh masyarakat, apabila melakukan sesuatu aktiviti masyarakat akan memilih orang yang mempunyai sifat moral yang tinggi kerana mereka lebih dipercayai dalam melakukan sesuatu perkara dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat tidak akan memilih individu yang tidak bermoral dalam melakukan sesuatu perkara kerana mereka tidak mempercayai.
Tidak dapat dinafikan kesedaran bahawa manusia itu makhluk yang dijadikan Tuhan dan menikamati segala rahmat-Nya  menjadi asas utama untuk manusia itu bermoral. Setiap manusia yang waras sentiasa menyedari bahawa adalah lebih baik untuk membuat kebaikan daripada membuat kejahatan yang akan membawa kesukaan kepada diri sendiri dan sesuatu kebaikan yang dilakukan itu pasti mendatangkan kepuasan dan kesejahteraan kepada dirinya sendiri . Sebaliknya satu-satu kejahatan yang dilakukan lambat laun akan membawa akibat buruk kepada dirinya sendiri. Seseorang yang bermoral ialah seseorang yang telah menunaikan peranannya dengan berkesan. (Eow Boon Hin , 2003).
Kepentingan moral dalam kekeluargaan pula ianya akan menjadikan sesebuah keluarga itu dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. Ini kerana segala masalah yang timbu daripada masalah delinkuen tidak akan terjadi. Keadaan emosi yang stabil dalam setiap ahli keluarga dapat mewujudkan suasana mesra, tolak ansur, bertanggungjawab akan menyebabkan kerukunan rumah tangga akan berkekalan. Hasilnya jurang generasi antara anak dan ibu bapa tidak akan berlaku. Oleh itu, keluarga dapat hidup aman kerana segala keperluan dapat dipenuhi seperti pengeluaran dan pengagihan barang.
Manakala bagi masyarakat dan negara ianya dapat mewujudkan masyarakat yang harmonis dan progresif. Ini kerana sifat kemoralan yang ada pada diri masyarakat dapat memupuk persefahaman , bertimbang rasa, tolong-menolong dan lain-lain lagi nilai yang baik. Dengan adanya individu, keluarga dan masyarakat yang mempunyai nilai moral yang tinggi telah menjadikan negara Malaysia terkenal di seluruh dunia yang mana budi bahasanya  rakyatnya adalah diantara satu simbol negara yang sangat dikagumi walaupun negara sudah moden dan membangun.

  Rumusan.

Pada zaman malaysia menjadi Negara sedang membangun atau Negara dunia ketiga banyak perubahan yang belaku tidak kira sama ada dari segi pembangunan, kemajuan teknologi , sikap manusia pada era globalisasi kini juga turut berubah. Kebanyakan manusia pada masa kini lebih bersifat materialistik iaitu lebih mementingkan duit atau kebendaan semata-mata daripada sifat kemanusiaan. Nilai etika dan moral semakin lama semakin lenyap mengikut peredaran masa. Semakin maju Negara semakin kurang nilai etika dan moral dalam diri masyarakat Malaysia. Hal ini kerana pada masa kini banyak kes jenayah seperti pembunuhan, rompakan, dan sebagainya berlaku tanpa ada sifat kemanusiaan.
           
Sehubungan itu, setiap masyarakat perlulah menanamkan nilai etika dan moral dalam diri mereka supaya negara menjadi aman damai dan sejahtera. Seterusnya pembangunan negara akan terus maju selaras dengan sikap masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi. Apabila setiap masyarakat mengamalkan etika dan moral yang betul maka kes jenayah yang semakin berleluasa di Malaysia ini akan berkurangan dari semasa ke semasa.



  Rujukan.

Bertens, Kiki (2003) Etika dan Moral untuk Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur.
Penerbit Universiti Malaya.
Hena Mukherjee, Judy Ellis, Cheng Lee Hoo & Rajendran N.S (1992).
      Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya.
      Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
http://books.google.com.my/books?id=o4rpRA1aFJQC&pg=PA169&lpg=PA169&
     dthiroux+2001&source=bl&ots=ZDbNfDYEfn&sig=Z-KLszsia61DA7WS4B-
     dTweybiM&hl=en&sa=X&ei=Gcd3Ut-
     VPIeWrAelqYHgDw&redir_esc=y#v=onepage&q=thiroux%202001&f=false

Nazirmuddin (2005). Pengantar Etika Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Pustaka
Budima.
Tam Yeow Kwai (1996). Pendidikan Moral: Konsep dan Program Pendidikan

Moral, Subang Jaya. Kumpulan Budima Sdn.Bhd.

Bincangkan Cara-Cara Untuk Memupuk Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Masyarakat Majmuk Di Malaysia.

Pengenalan.

Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriots yang bermaksud fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan pratrice bermaksud fatherland atau country,iaitu tanah air atau negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada di hadapan usaha membela tanah air . Seorang patriot dikatakan sebagai seorang yang cintakan negarana dan akan membuat apa sahaja untuk mempertahankan negaranya. Menurut kamus dewan dan Oxford English Dictionary mengatakan patriot bermaksud orang yang mempertahankan atau memperjuangkan kebebasan atau hak tanah air serta pembela negara. Selain itu, maksud patriot menurut kamus New Webster’s Dictionary bererti orang yang cinta tanah airnya dan akan melakukan apa sahaja demi untuk negaranya tercinta.
 Menurut kamus dewan edisi keempat patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Semangat patriotisme merupakan perasaan taat setia kepada negara ianya senjata mental yang cukup kuat untuk mempertahankan negara daripada sebarang bentuk penjajahan baru atau penjajahan dalam apa-apa bentuk sekalipun. Sifat cinta akan Negara dan tanah air menentukan jatuh bangun sesuatu peradaban atau tamadun manusia. Setiap warganegara Malaysia sewajarnya perlu ada sifat cinta akan tanah air. Masyarakat majmuk pula membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum dan suku menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Menurut J. S Furnival (1948) masyarakat majumuk terdiri daripada berbagai kaum dan etnik yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri meskipun berada di bawah sistem politik yang sama.
Semangat patriotisme sangat penting dipupuk dalam diri setiap rakyat Malaysia yang khususnya mempunyai masyarakat majmuk. Anak jati Malaysia perlulah berjuang menegakkan keadilan melalui kemerdekaan dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat. Patriotisme sememangnya tidak dapat dipisahkan dari kewujudan sesebuah negara. Namun kelansungan semangat patriotism di kalangan rakyat khasnya generasi muda tidak akan dating dengan sendirinya. Semangat patriotisme semestinya perlu terus dipupuk sama ada secara formal mahupun sebaliknya di kalangan masyarakat sesebuah negara khasnya negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.

Senario Semangat Patriotisme di Malaysia.

Pemupukan dan penghayatan nilai-nilai patriotism telah bermula sejak daripada sekolah rendah. Menurut Buku Panduan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah (Kementrian Pendidikan ; 1994) nilai-nilai patriotisme perlu diterapkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum. Oleh itu subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina,  Bahasa Tamil, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Kajian Tempatan dan lain-lain subjek  sekolah rendah, perlu diterapkan nilai-nilai patriotism yang disepadukan melalui topik. yang diajar. Begitu juga melalui ko-kurikulum seperti aktiviti sukan, lawatan sambil belajar dan sebagainya. Manakal di peringkat menengahh pula, penenrpan nilai-nilai patriotism dibuat melalui subjek Sejarah, Pendidikan Moral, Geografi, Pendidikan Islam dan subjek-subjek lain. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses pendidikan selama 13 tahu, ternyata  penghayatan semangat patriotism di kalangan pelajar masih longgar dan berada pada tahap sederhana (Rizal Uzir: 2002).
Menurut pendapat Wan Zahid (1993) pula, bangsa dan negara yang kuat serta mulia tidak hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya yang bercorak kebendaan dan teknologi. Maka negara harus membina kekuatan di atas asas budaya, ilmu pengetahuan, akhlak mulia, keyakinan diri yang teguh, semngat tanggungjawab dan pengorbanan diri yang tinggi. Oleh hal yang demikian nilai-nilai patriotisme yang merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni, sekiranya dapat diamalkan dengan sebaik mungkin akan dapat menyumbang kearah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Justeru, wajar  para pelajar terutamanya di peringkat menengah menjadikan nilai-nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan.

Usaha individu dan masyarakat.

Penerapan Nilai Semangat Patriotisme dalam diri.
Individu juga memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan semangat patriotisme  terhadap negara. Di peringkat sekolah kita dapat lihat bahawa terdapat subjek pendidikan moral dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan yang dapat mendorong pemupukan semangat patriotisme dalam diri terutama pelajar. Individu perlulah mengambil insiatif untuk menerapkan nilai tersebut dalam diri mereka.
 Selain itu, individu perlulah mengaplikasikan nilai tersebut dalam kehidupan mereka sebagai contoh menghormati lagu negaraku, menyambut sambutan kemerdekaan, mempertahankan maruah negara terutamanya apabila timbul isu melibatkan negara .Dari segi penerapan nilai. Nilai-nilai mornal juga boleh diterap dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Seperti yang kita tahu terdapat 36 nilai yang dipelajari dalam pendidikan moral. Oleh itu, kita boleh mengaplikasikan nilai-nilai moral tersebut ke dalam memupuk semangat patriotism. Selain pendidikan moral, dalam sejarah juga kita boleh menerapkan nilai didalamnya.
Nilai semangat cinta akan tanah merupakan sifat atau amalan yang bertanggungjawab untuk mewujudkan kesejahteraan dan membawa kemajuan kepada Negara, bangsa dan berani serta sanggup mempertahankan Negara bangsa sedia bekorban apa sahaja demi cinta akan tanah air.

Sambutan Perayaan Beramai-Ramai
Sambutan perayaan beramai-ramai merupakan satu wahana integrasi rakyat pelbagai kaum untuk memupuk semangat patriotisme. Usaha ini dapat mengeratkan silaturrahim melalui penghayatan perayaan  dan tuan rumah berpeluang meraikan tetamu yang datang dan memberikan layanan yang mesra. Majlis rumah terbuka yang diadakan sempena sambutan perayaan ini akan membolehkan masyrakat berbilang kaum beramah mesra sambil menikmati juadah yang disediakan bersama-sama. Melalui majlis seperti ini, akan mewujudkan kasih sayang antara sahabat handai dan jiran tetangga seterusnya masyarakat setempat yang berbilang kaum.
Dalam konteks, Negara Malaysia yang berbilang kaum, kebudayaan dan adat resam,  sambutan perayaan beramai-ramai menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan dengan penyertaan pemimpin-pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum. Semangat dan nilai-nilai murni yang sejagat dalam sambutan perayaan seperti berbudi bahasa, menghormati budi dan penghargaan terhadap orang tua, bersopan santun dan bersyukur adalah nilai teras pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa dan seterusnya dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Oleh hal yang demikian , usaha ini dilihat sebagai satu usaha yang positif yang dapat menaikkan semangat patriotisme antara masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia. Semua pihak sama ada pihak swasta atau pihak kerajaan dapat perlu bekerjasama dalam mengendalikan  program sebegini untuk memastikan semangat cintakan tanah air subur dalam diri setiap rakyat kerana integrasi nasional dapat dibentuk melalui kepercayaan semangat patriotisme antara rakyat.

Peranan Ibubapa.
Ibubapa merupakan individu yang akan memainkan peranan penting dalam memupuk semangat patriotisme dari peringkat akar umbi lagi. Ibubapa haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak sebagai tanda wujudnya semangat patriotisme contohnya memasang bendara jalur gemilang di rumah dan kenderaan terutamanya apabila menjelang hari kemerdekaan. Selain itu, ibubapa juga boleh menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak mereka melalui aktiviti riadah yang dilakukan bersama anak-anak seperti melawat tempat bersejarah, membacakan buku tentang tokoh  kemerdekaan kepada anak-anak, menonton filem kemerdekaan iaitu filem Hati Malaya. Aktiviti riadah yang akan memupuk semangat patriotisme dalam diri anak sejak kecil perlulah dilaksanakan oleh semua ibubapa tidak mengira kaum di Malaysia. Seperti pepatah ada mengatakan “melentur buloh biarlah dari rebungnya” jika kita mahu melahirkan individu yang mempunyai semangat patriotisme kita perlulah pupuk nilai tersebut dari kecil lagi kerana individu ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang.

Usaha  Institusi  Kerajaan
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Program latihan khidmat negara telah diperkenalkan oleh kerajaan pada 16 Februari 2004. Tarikh tersebut dianggap sebagai tarikh yang bersejarah dan amat bererti bagi pengukuhan golongan remaja di Malaysia. PLKN ini dijadikan sebagai satu platform permulaan satu agenda nasional untuk melatih remaja Malaysia supaya menjadi generasi pewaris negara yang lebih cemerlang daripada generasi pada hari ini.
Program latihan khidmat negara dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan iaitu meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri. Program PLKN ini jelas menunjukkan bahawa objektif  utama pelaksanaannya adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Generasi muda merupakan peneraju kepimpinan negara pada masa akan datang.
PLKN mempunyai beberape modul yang diajar kepada pelatih. Antara modul PLKN ialah modul fizikal, modul kenegaraan, modul khidmat komuniti dan modul pembinaan karekter. Modul kenegeraan merupakan modul yang paling penting dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk. Hal ini kerana PLKN disertai oleh pelatih daripada pelbagai jenis kaum iaitu melayu, china dan india.          
Modul kenegaraan merupakan sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-bulding) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para pelatih program kepada negara. melalui latihan dalam kumpulan ,jurulatih akan memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air,rakyat,kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara. Tanah air pelatih akan mengenal negara dan memupuk perasaan kasih sayang serta cinta akan tanah air, kerajaan pelatih akan memahami sistem pentadbiran negara dan aspek rakyat pelatih akan diajar mengenai kepentingan perpaduan kaum dan rakyat sebagai sumber pembangunan dan kemajuan negara.
Aspek kedaulatan merupakan salah satu aspek penting untuk didedahkan kepada para pelatih. Dalam aspek ini pelatih akan mengetahui kepentingan memelihara dan mempertahankan kebebasan dan akhir sekali aspek cabaran dalam dan luar negara jurulatih akan menyedarkan cabaran dan ancaman yang datang dari dalam dan luar negara. Semua aspek dalam modul ini akan diajar dengan menggunakan kaedah lawatan,simulasi,lakonan ,dinamik kumpulan, menonton gambar, melukis, berdebat dan mentafsir peristiwa.
Gambar: Aktiviti modul kenegaraan
Pengisian modul kenegaraan ini mampu melahirkan remaja yang mempunyai semangat cinta akan tanah air atau semangat patriotisme. Pelatih akan mendalami semua aspek yang akan ditekankan seterusnya akan meyedarkan pelatih tentang kepentingan semangat patriotisme dalam pembangunan sesebuah negara. Semangat patriotisme akan diperkukuhkan lagi apabila pelatih melakukan aktiviti seperti perarakan jalur gemilang dan sambutan hari kemerdekaan.

Sambutan Hari Perpaduan.
Menurut akhbar berita harian pada tarikh 11 september 2011 mengatakan seorang pemegang amanah yayasan 1 malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye telah mencadangkan bahawa hari Malaysia iaitu pada 16 september dijadikan hari perpaduan negara bagi mencerminkan aspirasi semua rakyat Malaysia untuk semua negara yang bersatu padu. Hari Malaysia harus menjadi kuasa penyatuan untuk membawa rakyat pelbagai bangsa bersama-sama mencapai matlamat yang sama untuk mencapai kejayaan negara.
Sambutan hari Malaysia merangkap sambutan hari perpaduan dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Sebagai contoh apabila aktiviti nyanyian lagu patriotisme lagu negaraku, persembahan kebudayaan yang mewakili kaum masing-masing keadaan ini secara langsung akan meningkatkan semangat patriotisme terutama kepada individu yang menghadiri sambuta tersebut mereka akan berasa bangga dan semangat cinta akan tanah air semakin berkobar-kobar.

Sambutan Hari Kemerdekaan Kebangsaan.
Sambutan hari kemerdekaan merupakan satu program yang wajib dilaksanakan oleh negara bagi memastikan semangat patriotisme dalam diri wargenagera terus tersemai kukuh. Pihak kerajaan melaksanakan hari kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos , setiap tahun hari kemerdekaan mempunyai tema yang tersendiri. Pada tahun ini iaitu tahun 2014 , tema hari kemerdekaan yang ke 57  ialah “Disini Lahirnya Sebuah Cinta”. Tema kemerdekaan tahun ini sangat memberikan kesan yang mendalam dan melahirkan semangat kecintaan dalam diri setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Tema ini dipetik daripada lirik lagu warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Pihak kerajaan telah membuat sambutan hari kemerdekaan dengan pengisian program atau aktiviti yang dapat mengukuhkan semangat patriotisme dalam diri rakyat Malaysia. Seperti yang kita semua tahu bahawa setiap kali adanya hari sambutan kemerdekaan aktiviti wajib dilaksanakan ialah percikan bunga api kemudian diiringi dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu kemerdekaan yang lain. Selain itu, terdapat juga aktiviti perakaran badan-badan kerajaan, beruniform dan NGO, demostrasi reformasi yang dilakukan oleh pelajar sekolah khususnya dan sebagainya. kesemua aktiviti ini melibatkan seluruh kaum di Malaysia ,keadaan ini mampu memupuk semangat perpaduan sekaligus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk.

Usaha  Institusi Pendidikan.

Sekolah Wawasan.
Menurut laman web kerajaan iaitu portal 1 klik mengatakan bahawa sekolah wawasan merupakan sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep sekolah wawasan ini terdapat tiga buah sekolah rendah yang berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan sekolah yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunannya yang tersendiri akan tetapi terdapat satu jambatan yang boleh menghubungkan ketiga-tiga bangunan ini yang dikenali sebagai (link-way) sumber ini diperolehi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Gambar : Kawasan pintu depan dan jalan penghubung  (link way)  sekolah wawasan.
Menurut jurnal yang bertajuk sekolah wawasan : sejauh manakah ia mampu melahirkan generasi bersatu padu di masa akan datang mengatakan objektif utama dalam penubuhan sekolah wawasan ialah untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifatkan cintakan negara. Sekolah wawasan merupakan salah satu usaha atau insiatif  kerajaan dalam memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat majmuk. Semangat patriotik seharusnya dipupuk sewaktu individu kecil lagi terutama diperingkat sekolah rendah bak kata pepatah melentur buloh biarlah dari rebungnya.
Sekolah wawasan mempunyai tujuan atau matlamat yang lain iaitu mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid berbagai bangsa dan latar belakang, memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran, melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan dan pelaksanaan aktiviti di sekolah.
Pelajar akan berkongsi kemudahan seperti kantin , dewan, perpustakaan dan tapak perhimpunan yang sama. Aktiviti di sekolah juga dianjurkan dan disambut bersama-sama contohnya aktiviti sambutan hari kemerdekaan. Aktiviti sambutan hari kemerdekaan jelas menunjukkan bahawa sekolah wawasan mampu melahirkan generasi yang memmpunyai semangat cintakan tanah air yang tinggi. Semasa aktiviti ini berlangsung pelajar akan meyanyikan lagu kemerdekaan bersama-sama sambil kibarkan bendera jalur gemilang kami yakin suasana sambutan ini akan menyeronokan selain ianya dapat menyedarkan bahawa semangat cintakan tanah air dalam diri individu sangat penting bagi mewujudkan sebuah negara yang aman.
Selain itu, sekolah wawasan ini juga mampu membuka minda masyarakat bahawa perpaduan dalam sesebuah negara amat penting untuk dipupuk sejak di peringkat sekolah lagi terutama di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kaum. Kaum utama di Malaysia ialah melayu, china dan india. Apabila pelbagai jenis kaum di Malaysia sudah pasti setiap kaum ini mempunyai berbezaan agama,kepercayaan dan sebagainya. Perbezaan ini haruslah dihormati oleh setiap kaum. Pada masa kini terdapat 5 buah kompleks sekolah wawasan yang terdapat di Malaysia iaitu kompleks sekolah wawasan pekan baru,parit buntar,perak, taman aman, alor setar ,kedah, tasik permai ,pulau pinang, USJ 15 ,subang jaya, Selangor dan pundut ,seri manjung , perak.(Kementerian Pelajaran Malaysia)

Kelab Rukun Negara.
Antara langkah lain dalam mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia ialah dengan penubuhan Kelab Rukun Negara. Kelab Rukun Negara (KRN) adalah bertujuan untuk memupuk nilai-nilai yang terdapat dalam rukun negara dalam setiap diri rakyat Malaysia. Selain itu juga, KRN juga diwujudkan untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa bermuafakat bagi menghadapi sebarang ancaman  di negara ini. Selain itu,  prinsip dalam KRN juga sentiasa mengingatkan  para pelajar tentang kepentingan semangat patriotisme antara kaum di Malaysia.
Kelab Rukun Negara diperkenalkan kepada murid supaya mereka mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara. Di samping itu juga. Usaha ini dilakukan untuk menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid di sekolah. Dengan penubuhan Rukun Negara juga dapat mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling mempercayai, hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama antara kaum.
Oleh hal yang demikian, Kelab Rukun Negara ini dilihat sebagai salah satu usaha positif daripada kerajaan untuk memastikan wujudnya semangat patriotisme yang berterusan antara murid yang berbilang kaum. Penubuhan Kelab Rukun Negara ini diharap dapat memberi kesan sedikit sebanyak kesan positif dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi semangat patriotisme di kalangan masyarakat majmuk di negara Malaysia ini.

Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Institusi Pengajian Tinggi juga merupakan salah satu cara memupuk semangat patriotism dalam kalangan masayarakat majmuk di Malaysia. Dengan adanya IPTA dan juga IPTS mampu mengubah masyarakat untuk mencintai serta menanam sifat patriotism dalam diri seseorang masing-masing. Seterusnya juga, membuat pengubahsuaian memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotic ini dalam kurikulum di institusi pengajian tinggi.
Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotic kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotic itu akan terus subur dalam sanubari pelajar-pelajar hingga selepas mereka menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi.
IPTA dan IPTS juga boleh menanam semangat ini dengan mengadakan aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan di setiap IPTA dan IPTS. Selain itu juga, boleh menganjurkan carnival yang boleh membuatkan semua pelajar sertai dan ada jalinan hubungan semangat patriotism itu. Secara keseluruhannya, peranan IPT ini sedikit sebanyak membantu dalam memupuk semangat patriotism dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Konteks Agama dan Pendidikan Moral.
Pendidikan moral dan konteks agama merupakan salah satu cara memupuk semangat patriotisma dalam kalangan masayarakat majmuk di Malaysia. Seperti yang kita tahu, ajaran Islam itu sendiri mengajar dan menuntut umatnya supaya menghormati hak orang lain, hak sesama islam, hak jiran dan sebagainya. Semangat patriotisma antara kaum dalam sesebuah masyarakat merupakan wahana yang membolehkan umat beribadah dengan aman dan selamat.
Selain itu juga, kontek agama yang menekankan kita untuk hidup bermasyarakat dan menghormati antara satu sama lain walaupun kita berbeza agama dan juga bangsa. Agama kita sendiri menekankan seandainya kita bergaul baik dengan semua orang kita tidak akan terbelenggu dengan ketidakpuasan orang lain. Seperti apa yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 dimana rusuhan kaum berlaku disebabkan oleh berbangkitnya isu-isu perkauman.
Seterusnya selain dari konteks agama. Pendidikan moral juga di ajar disekolah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia terutama kalangan pelajar. Para pelajar dididik agar minda mereka disulami dengan nilai-nilai yang boleh membangkitkan semangat  memperjuangkan dan menjaga kedaulatan Negara agar tidak mudah dibaham oleh mana-mana kuasa asing. Bak kata pepatah melayu, ‘bersatu teguh, bercerai roboh atau  bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Oleh itu sama-samalah kita memupuk semangat patriotisme agar tidak terhapus dalam kalangan kita meski dunia makin maju.

Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Melalui dasar pendidikan kebangsaan, semangat patriotism juga boleh dipupuk. Semua aliran sekolah menggunakan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu dan kurikulum yang sama. Sistem pendidikan merupakan mekanisme ampuh yang berupaya melahirkan generasi patriotik. Selain itu juga, kerajaan memperkenalkan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) dan kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM) pada tahun 1982 dan 1988.
Kedua-dua kurikulum itu bertujuan memupuk semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum seperti yang terkandung dalam falsafah pendidikan kebangsaan.  Seterusnya langkah Kementerian Pendidikan menjadikan mata pelajaran sejarah dan kajian tempatan sebagai mata pelajaran teras dilihat sebagai tindakan efektif bagi menyemai dan menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Para pelajar juga disarankan untuk mengkaji, menyelidik, dan menganalisis peristiwa sejarah dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa sejarah.
Sebagai contoh, tragedi  hitam 13 Mei 1969 telah menjadi pengajaran kepada para pelajar supaya menjaga perpaduan antara kaum. Kajian tempatan dijadikan mata pelajaran teras bagi semua murid sekolah rendah dan mengandungi elemen-elemen pengetahuan sejarah dan geografi. Manakala, dari segi pendidikan sejarah dapat menyemai bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotic dalam kalangan pelajar.
Seterusnya Kementerian Pendidikan Malaysia juga menghidupkan kembali mata pelajaran kesedaran sivik dan kewarganegaraan di sekolah pada akhir dekad 1970 an. Kesedaran sivik diajar diperingkat rendah lagi di semua sekolah untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotism dan bersatu padu. Dan akhirnya dapat melahirkan rakyat yang positif. Kesimpulannya dasar pendidikan kebangsaan merupakan salah satu cara yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotism dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Usaha  Media Massa.
Media massa juga merupakan salah satu faktor penyumbang kepada semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Menurut kamus dewan edisi keempat media massa merupakan pelbagai alat komunikasi yang akan menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Media massa terbahagi kepada dua bahagian iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak terdiri daripada surat khabar, majalah dan buku manakala media elektronik terdiri daripada internet, televisyen , radio dan sebagainya. Media massa merupakan saluran maklumat yang akan tersebar dengan cepat dan berkesan ini dibuktikan melalui kajian Lambert dan Klineberg.
Antara cara media massa terutamanya media elektronik  memainkan peranan dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk ialah media massa mampu menyebarkan maklumat tentang kepentingan semangat patriotisme melalui iklan di televisyen contohnya iklan tugu negara. Iklan ini jelas menunjukkan bahawa semua kaum seharusnya menunjukkan semangat patriotisme kepada negara supaya kemerdekaan negara dapat dikekalkan. Iklan ini akan memberi kesan kepada penonton , dimana akan timbul rasa kesedaran dalam diri penonton untuk meningkatkan semangat patriotisme.
Media cetak pula memainkan peranan dengan memaparkan cerita tentang semangat patriotisme , cerita tokoh-tokoh kemerdekaan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sebagai mana yang kita tahu bahawa disebalik kemerdekaan yang dicapai tentu ada orang yang bekerja keras dalam memperjuangkan kemerdekaan negara sebagai contoh Dato Onn Jaafar. Dalam parti politik juga menunjukkan semangat patriotisme suatu ketika dahulu. Parti UMNO merupakan gabungan antara 3 parti iaitu parti MCA dan MIC ,gabungan ini jelas menunjukkan bahawa semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk telah wujud sebelum kemerdekaan lagi, jika masyarakat sebelum kemerdekaan tiada semangat patriotisme dalam kalangan msyarakat majmuk sudah pasti kemerdekaan tidak akan dapat dicapai.

Penutup.
Sejak kebelakangan ini, semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin berkurangan akibat keselesaan keamanan dan kemerdekaan negara. Pada masa dahulu, semangat patriotisme di kalangan rakyat sangat menebal kerana semua rakyat ingin bebas dari cengkaman penjajah. Oleh hal yang demikian, semua rakyat tidak mengira kaum berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Peristiwa Malayan Union jelas membuktikan semangat patriotisme di kalangan rakyat pada masa dahulu sangat tinggi. Semua rakyat tanpa mengira kaum sebulat suara untuk menolak Malayan Union dan mereka menuntut kemerdekaan.
Perasaan cinta akan tanah air itu dan semangat mempertahankan tanah air  bukan sahaja ada dalam diri polis atau tentera malahan rakyat biasa juga. Hal ini kerana semangat patriotisme dapat membantu dalam pembangunan masyarakat dan ekonomi. Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan kerajaan dapat dilakukan dengan lebh mudah kerana masing-masing mempunyai inisiatif untuk membangunkan negara dan dengan adanya semangat patriotisme juga negara boleh menngorak langkah yang lebih jauh untuk mencapai negara maju. Namun begitu, semangat patriotisme dalam diri masyarakat majmuk sekarang semakin pudar. Oleh hal yang demikian usaha-usaha tersebut perlu dilaksanakan untuk memastikan semangat patriotisme terus subur dalam diri semua rakyat Malaysia.

Rujukan.

Dr. Aminudin Mansor (2012,Ogos 24). Membina Bangsa dengan Semangat Patriotisme.
Utusan Online diperolehi daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120824/re_02/Membina-bangsa-dengan-semangat-patriotisme
Lee cadang  Hari Malaysia diistihar “Hari Malaysia-Hari Perpaduan” , (2011, September 11).
Berita Harian Online daripada http://www2.bharian.com.my/articles/LeecadangHariMalaysiadiisytihar_HariMalaysia-HariPerpaduan_/Article/
Modul Kenegaraan. Diperolehi pada November 8,2014 daripada
http://www.khidmatnegara.gov.my/plkn/modul-latihan/modul-kenegaraan/

Prof. Madya Dr. Azizi Yahya, Amir Hamzah Abdul dan Sanif  Bin Sapaat . Sekolah
Wawasan : sejauh manakah ia mampu melahirkan generasi bersatu padu di masa akan datang. Di perolehi pada November 12, 2014 daripada  http://eprints.utm.my/2291/1/Aziziyahaya__sekolah_Wawasan.pdf 

Sekolah Wawasan Portal 1klik (2008). Diperolehi pada November 20,2014 daripada

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/1199-sekolah-wawasan.html

Kelebihan Al ma’thurat.

Al ma’thurat.
Al ma’tsurat merupakan kumpulan zikir dan doa yang dikumpulkan oleh Imam Hasan Al Banna yang diambil dari hadis-hadis Nabi SAW untuk dibaca oleh setiap anggota jama’ah Ikhwanul Muslimin khususnya atau seluruh kaum muslimin pada umumnya agar sentiasa mengingat Allah SWT dan berada dalam ketaatan kepada-Nya.
Menurut muhd nasruddin dasuki di dalam bukunya yang bertajuk 100 jejak peribadi rasulullah , beliau mendefinisikan bahawa zikir bermaksud mengingati Allah ,menyebut nama-NYA, mempelajari dan memahami isi kandungan al-quran dan merenung kejadian alam. Namun zikir paling hebat ialah ketika kita sedang menunaikan solat
Berzikir merupakan amalan kerohanian yang sangat penting untuk menjadikan kita manusia yang sempurna imannya. Terdapat tiga cara untuk melakukan zikir iaitu melalui hati, zikir secara lisan dan memperbanyakkan solat sama ada solat wajib atau solat sunat. Zikir al ma’thurat ini merupakan zikir yang dilakukan melalui secara lisan.
Menurut Muhd Nasruddin Dasuki (2013) telah menyatakan beberapa kelebihan berzikir , antaranya melahirkan budi pekerti yang luhur, mendekatkan diri kepada Allah,menenangkan jiwa, beroleh keampunan, dapat melepaskan diri daripada bahaya, menguatkan anggota badan dan fikiran, mencerahkan mata dan hati, membuka pintu rezeki, menghidupkan hati, melindungi dari perangkap dan penyelewangan , Allah membanggakan orang yang berzikir di hadapan para malaikat dan membantu kepada semua bentuk ibadah yang lain.

Kelebihan membaca Al Ma’thurat.
Menurut susunan Al-Imam Al- Syahid Hassan Al-Banna mengatakan beberapa kelebihan membaca Al Ma’thurat , al ma’thurat dimulai dengan ucapan yang bermaksud “aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lai Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan yang direjam. Sesungguhnya ucapan itu menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah agar dapat menghindarkan diri daripada sesuatu yang menyesatkan. Bacaan al-fatihah dalam zikir ma’thurat ini adalah satu bacaan yang agong. Pahala yang besar diperolehi sekiranya kita membacanya dengan penuh penghayatan.
Rasulullah telah bersabda “Demi Allah yang nyawaku di tangan Nya belum ada surah (al-fatihah) yang diturunkan dalam taurat,injil, zabur atau furqan yang mampun menandinginya. Dialah tujuh mathani dan al quran yang agung yang telah diberikan kepadaku. Membaca surah al-Baqarah pula juga dapat memperolehi pahala yang besar”.
Daripada Ibnu Mas’ud , Rasulullah SAW bersabda : “ sesiapa yang membaca sepuluh ayat daripada surah al-baqarah di awal siang nescaya ia tidak akan didekati oleh syaitan hingga petang. Jika dibaca pada waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi dan juga tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk  menimpa keluarganya ataupun hartanya”(Riwayat al-darani al-baihaqi)

Selain itu, membaca ayat kursi pula, mampu menghindarkan diri daripada gangguan syaitan. Daripada Ibnu Mas’ud Rasulullah SAW bersabda “ sesiapa yang membaca sepuluh ayat,ayat-ayat surah al-baqarah ,ayat al kursi ,dua ayat selepasnya dan hujung surah al baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk di dalam rumahnya sampai pagi. (Riwayat al –Tabrani dan al-hakim)

Kebaikan Solat Berjemaah.

Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan dua orang atau lebih bilangannya secara bersama dengan diketuai oleh seorang yang dikenali atau dipanggil sebagai imam seterusnya disertai dengan solat berjemaah.
Menurut satu petikan berita online iaitu utusan online dalam skop bicara agama yang bertajuk sains akui kelebihan solat berjemaah mengatakan bahawa Allah SWT berfirman yang bermaksud : dan apabila engkau berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu),lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka ,maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu dan menyandang senjata ,kemudian apabila mereka (yang solat beserta denganmu) sujud maka hendaklah mereka berpindah dari belakangmu (untuk menghadap musuh). Surah an- nisa ayat 102).
Menurut buku 100 jejak peribadi Rasulullah SAW yang ditulis oleh muhd nasruddin  dasuki dalam bab yang bertajuk sentiasa berkunjung ke rumah Allah mengatakan bahawa pada hari akhirat terdapat tujuh golongan yang mendapat naungan daripada Allah. Salah satunya ialah orang lelaki yang sentiasa ke masjid untuk beriktikaf,solat berjemaah atau mengikutu majlis-majlis ilmu. Disini jelaslah bahawa in shaa allah responden ini termasuk daripada golongan yang mendapat naungan daripada Allah kelak di hari akhirat.  

Kelebihan solat berjemaah.

Mendapat ganjaran 27 kali ganda.

Melalui riwayat al – bukhari ,Nabi Muhammad SAW dalam sabda baginda yang 
bermaksud : solat berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang berseorangan dengan 
kelebihan yang diperolehi sebanyak 27 kali ganda darjatnya. Sabda Rasulullah dalam 
ayat tersebut menyatakan betapa Allah SWT melipat kali gandakan ganjaran kepada 
hambanya yang menunaikan solat berjemaah berbanding solat secara bersendirian 
walaupu ia tiada perbezaan dari segi perbuatan fizikal mahupun bacaan yang dilakukan 
dalam solat.


 Menyihatkan tubuh badan.

Menurut dalam petikan akhbar utusan online yang bertajuk sains akui kelebihan solat
berjemaah menyatakan bahawa pakar sains fizik di sebuah universiti di amerika syarikat
iaitu Prof .John Herbert selepas membuat kajian mengenai tujuan dan kelebihan solat
berjemaah telah terbukti dari segi saintifik. Hasil kajian tersebut mendapat bahawa 
sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mamu menyeimbangkan cas elektrik positif dan 
negatif  yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh Jemaah atau individu lebih 
segar dan bertenaga.

Tubuh manusia terdiri terdiri daripada dua cas iaitu positif dan negatif. Setiap aktiviti
harian kita bekerja ,beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga menyebabkan 
berlakunya pertukaran cas positif dan negatif  yang menyebabkan ketidakseimbangan cas 
tersebut dalam tubuh badan. Keadaan yang berlaku menyebabkan tubuh berasa letih dan 
tidak bermaya. Oleh itu, cas ini haruslah diseimbangkan semula bagi memulihkan tubuh 
badan dengan cara menunaikan solat berjemaah yang dapat merangsang proses pertukaran
cas elektrik dalam tubuh kita.

Mengukuhkan persaudaraan sesama umat islam.

Dalam solat berjemaah seperti yang kita tahu memerlukan jemaah berdiri rapat sehingga
menyentuh bahu jemaah yang berada disebelah kanan dan bersalaman selepas solat. 
Keadaan ini mampu mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat 
sekeliling dan dalam konteks universiti ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim dan


 Ketenangan jiwa.

Apabila melakukan solat berjemaah di rumah-rumah Allah atau di mana sahaja 
menyebabkan hati berasa tenang. Mungkin apabila melakukan solat dirumah terdapat 
gangguan yang berlaku menyebabkan solat tidak khusyuk. Sebagai contoh mendengar 
bunyi televisyen, anak menangis, mendengar suara orang berbual dalam nada 
suara yang tinggi dan sebagainya. Namun apabila amalan solat ini dilakukan di rumah 
Allah secara berjemaah kita dapat merasai ketenangan dalam melakukan solat sekaligus 
solat khusyuk dapat dilakukan.

Berpeluang menambah ilmu.

Solat berjemaah juga boleh menambah ilmu pengetahuan  di mana kebiasaannya selepas 
solat berjemaah imam akan menyampaikan sedikit takzirah mengenai apa sahaja topik 
untuk dikongsikan kepada jemaah lain untuk memperbaiki diri ke  arah kebaikkan. Ilmu 
yang disampaikan akan digunapakai dalam amalan kehidupan seharian. Hal ini kerana 
pada masa kini sukar untuk melihat individu membaca buku ilmiah agama terutamannya 
golongan remaja. Ilmu yang diperolehi ini akan meningkatkan pengetahuan remaja 
terutamanya dalam memperbaiki amalan kehidupan seharian. 

Hasil Daripada Melaksanakan Tugasan Kauseling Dalam Islam.
Semoga Sedikit Perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.