Solat berjemaah ialah solat yang
dilakukan dua orang atau lebih bilangannya secara bersama dengan diketuai oleh
seorang yang dikenali atau dipanggil sebagai imam seterusnya disertai dengan
solat berjemaah.
Menurut satu petikan
berita online iaitu utusan online dalam skop bicara agama yang bertajuk sains
akui kelebihan solat berjemaah mengatakan bahawa Allah SWT berfirman yang
bermaksud : dan apabila engkau berada di
tengah-tengah mereka (sahabatmu),lalu engkau hendak mendirikan solat
bersama-sama mereka ,maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat)
bersamamu dan menyandang senjata ,kemudian apabila mereka (yang solat beserta
denganmu) sujud maka hendaklah mereka berpindah dari belakangmu (untuk
menghadap musuh). Surah an- nisa ayat 102).
Menurut buku 100 jejak
peribadi Rasulullah SAW yang ditulis oleh muhd nasruddin dasuki dalam bab yang bertajuk sentiasa
berkunjung ke rumah Allah mengatakan bahawa pada hari akhirat terdapat tujuh
golongan yang mendapat naungan daripada Allah. Salah satunya ialah orang lelaki
yang sentiasa ke masjid untuk beriktikaf,solat berjemaah atau mengikutu
majlis-majlis ilmu. Disini jelaslah bahawa in shaa allah responden ini termasuk
daripada golongan yang mendapat naungan daripada Allah kelak di hari akhirat.
Kelebihan solat
berjemaah.
Mendapat ganjaran
27 kali ganda.
Melalui riwayat al – bukhari ,Nabi
Muhammad SAW dalam sabda baginda yang
bermaksud : solat berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang berseorangan dengan
kelebihan yang diperolehi sebanyak 27 kali ganda darjatnya. Sabda
Rasulullah dalam
ayat tersebut menyatakan betapa Allah SWT melipat kali
gandakan ganjaran kepada
hambanya yang menunaikan solat berjemaah berbanding
solat secara bersendirian
walaupu ia tiada perbezaan dari segi perbuatan
fizikal mahupun bacaan yang dilakukan
dalam solat.
Menyihatkan
tubuh badan.
Menurut dalam petikan akhbar utusan
online yang bertajuk sains akui kelebihan solat
berjemaah menyatakan bahawa
pakar sains fizik di sebuah universiti di amerika syarikat
iaitu Prof .John
Herbert selepas membuat kajian mengenai tujuan dan kelebihan solat
berjemaah
telah terbukti dari segi saintifik. Hasil kajian tersebut mendapat bahawa
sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mamu menyeimbangkan cas elektrik
positif dan
negatif yang terdapat dalam
tubuh manusia menjadikan tubuh Jemaah atau individu lebih
segar dan bertenaga.
Tubuh manusia terdiri terdiri
daripada dua cas iaitu positif dan negatif. Setiap aktiviti
harian kita bekerja
,beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga menyebabkan
berlakunya
pertukaran cas positif dan negatif yang
menyebabkan ketidakseimbangan cas
tersebut dalam tubuh badan. Keadaan yang
berlaku menyebabkan tubuh berasa letih dan
tidak bermaya. Oleh itu, cas ini
haruslah diseimbangkan semula bagi memulihkan tubuh
badan dengan cara
menunaikan solat berjemaah yang dapat merangsang proses pertukaran
cas elektrik
dalam tubuh kita.
Mengukuhkan
persaudaraan sesama umat islam.
Dalam solat berjemaah seperti yang kita
tahu memerlukan jemaah berdiri rapat sehingga
menyentuh bahu jemaah yang berada
disebelah kanan dan bersalaman selepas solat.
Keadaan ini mampu mengeratkan
hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat
sekeliling dan dalam konteks
universiti ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim dan
Ketenangan jiwa.
Apabila melakukan solat berjemaah di
rumah-rumah Allah atau di mana sahaja
menyebabkan hati berasa tenang. Mungkin
apabila melakukan solat dirumah terdapat
gangguan yang berlaku menyebabkan
solat tidak khusyuk. Sebagai contoh mendengar
bunyi televisyen, anak menangis,
mendengar suara orang berbual dalam nada
suara yang tinggi dan sebagainya.
Namun apabila amalan solat ini dilakukan di rumah
Allah secara berjemaah kita
dapat merasai ketenangan dalam melakukan solat sekaligus
solat khusyuk dapat
dilakukan.
Berpeluang
menambah ilmu.
Solat berjemaah juga boleh menambah ilmu
pengetahuan di mana kebiasaannya selepas
solat berjemaah imam akan menyampaikan sedikit takzirah mengenai apa sahaja
topik
untuk dikongsikan kepada jemaah lain untuk memperbaiki diri ke arah kebaikkan. Ilmu
yang disampaikan akan
digunapakai dalam amalan kehidupan seharian. Hal ini kerana
pada masa kini sukar
untuk melihat individu membaca buku ilmiah agama terutamannya
golongan remaja.
Ilmu yang diperolehi ini akan meningkatkan pengetahuan remaja
terutamanya dalam
memperbaiki amalan kehidupan seharian.
Hasil Daripada Melaksanakan Tugasan Kauseling Dalam Islam.
Semoga Sedikit Perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.
No comments:
Post a Comment