Al ma’thurat.
Al ma’tsurat merupakan kumpulan zikir dan doa yang
dikumpulkan oleh Imam Hasan Al Banna yang diambil dari hadis-hadis Nabi SAW
untuk dibaca oleh setiap anggota jama’ah Ikhwanul Muslimin khususnya atau
seluruh kaum muslimin pada umumnya agar sentiasa mengingat Allah SWT dan berada
dalam ketaatan kepada-Nya.
Menurut muhd nasruddin dasuki di dalam
bukunya yang bertajuk 100 jejak peribadi rasulullah , beliau mendefinisikan
bahawa zikir bermaksud mengingati Allah ,menyebut nama-NYA, mempelajari dan
memahami isi kandungan al-quran dan merenung kejadian alam. Namun zikir paling
hebat ialah ketika kita sedang menunaikan solat
Berzikir merupakan amalan kerohanian
yang sangat penting untuk menjadikan kita manusia yang sempurna imannya.
Terdapat tiga cara untuk melakukan zikir iaitu melalui hati, zikir secara lisan
dan memperbanyakkan solat sama ada solat wajib atau solat sunat. Zikir al
ma’thurat ini merupakan zikir yang dilakukan melalui secara lisan.
Menurut Muhd Nasruddin Dasuki (2013)
telah menyatakan beberapa kelebihan berzikir , antaranya melahirkan budi
pekerti yang luhur, mendekatkan diri kepada Allah,menenangkan jiwa, beroleh
keampunan, dapat melepaskan diri daripada bahaya, menguatkan anggota badan dan
fikiran, mencerahkan mata dan hati, membuka pintu rezeki, menghidupkan hati,
melindungi dari perangkap dan penyelewangan , Allah membanggakan orang yang
berzikir di hadapan para malaikat dan membantu kepada semua bentuk ibadah yang
lain.
Kelebihan
membaca Al Ma’thurat.
Menurut susunan Al-Imam Al- Syahid
Hassan Al-Banna mengatakan beberapa kelebihan membaca Al Ma’thurat , al
ma’thurat dimulai dengan ucapan yang bermaksud “aku berlindung dengan Allah
Yang Maha Mendengar lai Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan yang direjam.
Sesungguhnya ucapan itu menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba
kepada Allah agar dapat menghindarkan
diri daripada sesuatu yang menyesatkan. Bacaan al-fatihah dalam zikir
ma’thurat ini adalah satu bacaan yang agong. Pahala yang besar diperolehi
sekiranya kita membacanya dengan penuh penghayatan.
Rasulullah telah
bersabda “Demi Allah yang nyawaku di tangan Nya belum ada surah (al-fatihah)
yang diturunkan dalam taurat,injil, zabur atau furqan yang mampun
menandinginya. Dialah tujuh mathani dan al quran yang agung yang telah
diberikan kepadaku. Membaca surah al-Baqarah pula juga dapat memperolehi pahala yang besar”.
Daripada Ibnu Mas’ud ,
Rasulullah SAW bersabda : “ sesiapa yang membaca sepuluh ayat daripada surah
al-baqarah di awal siang nescaya ia
tidak akan didekati oleh syaitan hingga petang. Jika dibaca pada waktu
malam nescaya syaitan tidak akan
mendekatinya sampai pagi dan juga tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya ataupun hartanya”(Riwayat
al-darani al-baihaqi)
Selain itu, membaca
ayat kursi pula, mampu menghindarkan
diri daripada gangguan syaitan. Daripada Ibnu Mas’ud Rasulullah SAW
bersabda “ sesiapa yang membaca sepuluh ayat,ayat-ayat surah al-baqarah ,ayat
al kursi ,dua ayat selepasnya dan hujung surah al baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk di dalam rumahnya sampai pagi.
(Riwayat al –Tabrani dan al-hakim)
No comments:
Post a Comment