Saturday, April 23, 2011

SEJARAH ASIA TENGGARA..

Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di India dan di Indocina pada
abad ke-19

A.   PENGENALAN (3 Markah )


1. Perkembangan dalam bidang perdagangan dan perindustrian telah mendorong
kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba meluaskan pengaruh mereka di seluruh dunia.
2. Pada abad ke-19 kuasa-kuasa Barat berusaha meluaskan pengaruh politik dan
ekonomi serta membentuk empayar yang luas di Asia kerana kaya dengan bahan
mentah yang diperlukan di kilang-kilang mereka. Negara-negara di Asia juga
menyediakan pasaran yang lebih luas bagi lebihan barangan hasil keluaran kilangkilang
mereka.
3. Negara-negara Barat menggunakan berbagai-bagai cara untuk menguasai negaranegara
Asia seperti peperangan, perjajian, ataupun pengilhakan. Antara negaranegara
Asia yang terlibat dengan perluasan kuasa Barat melalui kaedah
pengilhakan ialah India oleh British dan Indocina oleh Perancis.
4. Di India dan Indocina walaupun cara campur tangannya adalah sama iaitu dengan
kaedah pengilhakan, namun proses perlaksanaannya adalah berbeza. Perluasan
kuasa melalui kaedah pengilhakan melibatkan cara kekerasan seperti peperangan,
ugutan, perjanjian, dan sebagainya.


B.   ISI-ISI ( 20 Markah )

Proses pengilhakan kuasa-kuasa Barat di India dan Indocina pada abad ke-19
1.     Pengilhakan British di India ( 10 markah )

a. Dasar pengilhakan Lord William Bentick ( 1824-1835 )
i. Semasa menjadi Gabenor Jeneral di India beliau telah mengilhakan beberapa
kawasan. Beliau menggunakan alasan penyalahtadbiran untuk mengilhakan
Cachar, Coorg, dan Mysore.
ii. Raja Cachar telah mangkat tanpa meninggalkan waris. Bentick telah
mengilhakan kawasan tersebut atas permintaan penduduk tempatan.
iii. Di wilayah Coorg dan Mysore, Bentick mengilhakan kawasan ini atas alasan
pemimpin tempatan telah menyalahgunakan kuasa mereka dalam pentadbiran.
Penduduk tempatan menyokong tindakan Bentick kerana mereka mahukan
pentadbiaran yang adil dan saksama.

b. Dasar pengilhakan Lord Ellenborough ( 1836-1846 )
i. Lord Ellenborough telah mengilhakan Sind dan Gwalior.
ii. British telah menjalinkan hubungan dengan Sind sejak tahun 1809. Pada tahun
1823 British telah menandatangani perjanjian dengan Sind dan Gwalior untuk
menyekat kemaraan kuasa Perancis di kedua-dua kawasan tersebut. Melalui
perjanjian ini pedagang-pedagang British dibenar menggunakan sungai dan
jalan-jalan raya yang ada.
iii. Perjanjian ini telah dicabuli oleh Lord Auckland yang telah mengarahkan
tenteranya berbaris melalui Sind.
iv. Lord Ellanborough ingin merampas Sind dengan membuat beberapa tuduhan.
Charles Napier telah dihantar untuk menyiasat. Beliau mengadakan perjanjian
baru dengan Amir Sind. Amir-amir dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih
http://smkpbu.blogspot.com
besar di wilayah mereka serta melepaskan hak mereka untuk membuat wang
mereka sendiri. Hanya mata wang British yang diakui sebagai mata wang
yang sah.
v. Tindakan itu menyebabkan Amir marah dan bertindak menyerang residensi
British. Amir telah ditewaskan dalam peperangan di Miani dan Dabo. Sind
telah dirampas dan diletakkan dalam empayar British di India.
vi. Ellanborough juga telah mengilhakan wilayah Gwalior dan Paniar setelah
kematian Daulat Rao Sindhia, ketua puak Maratha yang digeruni.

c. Dasar pengilhakan Lord Dalhousie ( 1846-1856 )
i. Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan melalui tiga kaedah iaitu hak
menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British ( SHTI ), “
Doctrin of Lapse ” ( Undang-Undang Lesap Waris ), dan keinginan untuk
melanjutkan kebaikan-kebaikan tanpa faedah yang dibawa oleh pemerintah
British ke atas wilayah-wilayah yang dibelenggu masalah penyelewengan atau
penyelewengan pemerintah tempatan.
ii. Melalui kaedah hak menakluki kuasa agung, beliau telah menakluk Punjab
dengan mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka
di Gujerat. Punjab berjaya diilhakan.
iii. Kaedah Doctrin of Lap paling kerap digunakan oleh Lord Dalhousie. Menurut
doktrin ini mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris untuk
meneruskan pemerintahan selepas mereka mangkat, maka negeri atau
wilayah itu akan jatuh ke bawah kuasa agung dengan sendirinya. Beliau tidak
mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang
bukan daripada keturunannya. Contohnya di Jhansi, perlantikan anak angkat
sebagai pewaris dianggap tidak sah oleh British. Wilayah-wilayah lain yang
diilhakan cara ini ialah Satara, Jaitpur, Baghat, dan Samalpur.
iv. Kaedah kebaikan untuk diperintah berlaku atas alasan penganiayaan,
kezaliman, dan ketidakadilan politik dalam sesebuah negeri. Misalnya Qudh
telah diletakkan di bawah naungan SHTI. Pentadbiran Qudh dikuasai oleh
Nawab Khan dalam keadaan huru-hara dan amalan rasuah berleluasa.
Dalhousie mengadakan perjanjian dengan Qudh. Dalam perjanjian itu, SHTI
akan mengambil alih Qudh, manakala Nawab akan dibenarkan mengekalkan
gelaran dan dibayar 15 juta rupee. Apabila Nawab enggan menandatangani
perjanjian tersebut Dalhousie telah mengambil keputusan menjalankan dasar
pengilhakan atas alasan penyelewengan pemerintah tempatan.

C.   KESIMPULAN( 2 Markah )

1. Perancis dan British telah berjaya menggunakan kaedah pengilhakan untuk
meluaskan kuasa di Vietnam dan India.
2. Campur tangan Perancis dan British telah menyebabkan perubahan-perubahan
berlaku dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial di Vietnam dan India.
3. Perluasan kuasa melalui kaedah pengilhakan telah menyebabkan perasaan tidak
puas hati di kalangan rakyat tempatan yang membawa kepada berlakunya
penentangan seperti peristiwa Dahagi India 1857.


Yang ikhlas berkongsi maklumat,
~ctalia~


No comments:

Post a Comment