Tuesday, April 12, 2011

Huraikan peranan raja sebelum campurtangan kuasa barat.

               Sebelum  campur  tangan british  di  perak  pada tahun  1874. Negeri –negeri melayu diperintah oleh  raja-raja melayu. Sultan atau raja menduduki  heirarki  tertinggi dalam system perintahan  dan  pentadbiran negeri masing-masing. Selepas orang islam bertapak  gelaran raja telah bertukar menjadi sultan dan menganggap sebagai ‘Amirul Mukminin’ atau pemimpin kepada orang mukmin. Kerajaan-kerajaan yang menerima warisan kesultanan melayu Melaka seperti Pahang,johor ,perak dan kedah mengekalkan gelaran sultan sehingga abad ke 19.  Begitu juga negeri Kelantan dan Terengganu . Negeri Sembilan menggunakan gelaran yamtuan besar manakala perlis yang mengekalkan gelaran raja. Namun demikian ,semua raja-raja melayu ini mempunyai peranan luas dalam politik ,ekonomi, dan social sehingga campur tangan inggeris pada tahun 1874.
         Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan berperanan sebagai ketua pentadbiran. Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran ,rakyat tidak boleh membantah apa sahaja keputusan yang dibuat oleh sultan kerana dianggap melanggar perintah tuhan. Perintah sultan juga menjadi undang-undang dalam pentadbiran. Oleh itu, perintah raja wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum agama dan hukum manusia. Sultan berkuasa menggubal undang – undang ,menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh termasuk serta berhak mengampunkan  pesalah.
        Sultan mempunyai konsep daulat. Daulat berasal daripada perkataan arab yang bermaksud negeri atau kerajaan. Sultan yang berdaulat dianggap mempunyai kebolehan yang istimewa ,adil, berkuasa, dan berkewibawaan untuk memerintah dengan berkesan. Konsep daulat adalah batas pemisah antara sultan dan rakyat. Rakyat yang enggan mengakui kedaulatan sultan dianggap derhaka. Antara kesalahan yang dianggap menderhaka ialah menipu sultan,engkar perintah sultan,membunuh orang yang membawa titah sultan dan menentang raja. Orang yang menderhaka akan di hukum bunuh dan merana sepanjang hayat. Tulah bermaksud kemalangan fizikal ,rohaniah atau mental yang diterima seseorang akibat kesalahannya kepada sultan. Konsep daulat diperkukuhkan lagi dengan beberapa keistimewaan seperti penggunaan bahasa dalaman oleh sultan dan kerabatnya. Penggunaan warna kuning dan putih khas untuk keluarga diraja sahaja. Selain itu, alat-alat kebesaran seperti cop mohor,keris kerajaan, dan sebagainya.
          Sultan juga sebagai ketua agama islam dan adat istiadat melayu. Sultan dianggap sebagai khalifah di muka bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat melayu. Sultan memainkan peranan penting dalam menyebarkan  agama islam  di dalam negeri dan seluruh tanah jajahan nya. Lantaran itu istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama islam di tanah melayu. Hanya sedikit sahaja istiadat yang dihadari oleh sultan sebagai pemimpin rakyat. Peranannya tidak begitu aktif . Upacara-upacara besar semasa pemerintahan baginda ialah hari pertabalan dan pemakanan. Pada masa ini pembesar dan rakyat jelata akan berhimpun bersama. Pada masa perayaan besar  tahun islam seperti hari raya puasa ,sultan akan mengadakan majlis jamuan .
         Peranan raja atau sultan kedua ialah melantik pembesar. Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan pembesar diperintah negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan bendahara, dan pembesar yang lain. Baginda jaga berhak mencari penggantinya sendiri apabila beliau mangkat ,iaitu dalam kalangan putera baginda sendiri. Pembesar adalah golongan yang akan membantu sultan atau raja dalam melincinkan pentadbiran negeri. Sehingga tahun 1874 di perak ,jawatan bendara terdiri dari golongan kerabat diraja. Sultan melantik pembesar daerah melalui sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah itu dinyatakan nama daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir sempadannya. Biasanya pembesar dipilih secara turun-temurun dalam kalangan keluarga pembesar berkenaan . sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya pembesar tadi tiada waris untuk dijadikan sebagai pembesar .
        Sultan menentukan hubungan diplomatic. Sultan lebih aktif dalam menjalinkan hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai ketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandangani oleh sultan. Selain itu,perjanjian tersebut juga memerlukan tandatangan daripada 12 orang pembesar. Kebimbingan akibat campur tangan british menyebabkan hubungan sultan dengan pembesar kian rapat. Hal ini dapat dibuktikan apabila kehadiran british di perak pada tahun 1875 membawa kepada perjumpaan antara sultan dan pembesar.
        Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing.Sekiranya berlakunya peperangan ,sultan akan mengetuai angkatan tentera peperangan tersebut bagi mempertahankan Negara daripada ancaman daripada ancaman musuh atau penakluk Negara lain. Baginda juga bertanggungjawab dalam menjaga keamanan Negara dari ancaman luar. Pada tahun 1830-1870 di negeri melayu tidak terdapat peperangan luar  yang serius atau ancaman perang . kedatangan british tidak menggunakan tentera yang besar,hanya menggunakan tentera di negeri selat sahaja. Peranan raja pada masa kini tidak begitu meninjol pada masa kini. Malah telah menyebabkan perang saudara antara pembesar-pembesar. Hanya berlaku di Pahang pemberontakan pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan peberontakkan tersebut.
        Sultan berkuasa ke atas  sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntugan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuan ,hasil pertanian ,perdagangan dan pungutan cukai. Sultan berperanan menyelaras system cukai dalam kawasan jajahannya serta mendapat hasil pungatan cukai di kawasan negerinya.
        Sultan juga berkuasa melaksanakan system kerah. Melalui system ini rakyat di kerah melaksanakan sesuatu pekerjaan tanpa mendapat sebarang bayaran upah dalam tempoh masa tertentu. Antara pekerjaannya ialah membina istana,menjadi tentera , membina jalan dan sebagainya. Golongan bangsawan dan orang biasa yang berstatus tinggi dikecualikan daripada system ini. Contohnya golongan syed,golongan baik-baik ,penghulu dan sebagainya. System ini dapat menunjukkan perbezaan status social dalam kalangan rakyat.
        Sultan menjadi symbol perpaduan masyarakat melayu. Sultan atau raja memerlukan sokongan dan kesetiaan daripada rakyat untuk baginda terus memerintah dengan berkesan. Sultan mendapat taat setia yang tidak berbelah bahagi daripada pengikutnya. Nilai ini akan mengukuhkan lagi kedudukan sultan untuk mentadbir .kemakmuran masyarakat melayu ini dapat dilihat melalui kesanggupan rakyat untuk menurut perintah sultan. Contohnya dalam melaksanakan system kerah rakyat tidak diberi upah sebagai ganjaran mereka melaksanakan sesuatu pekerjaan. Hal ini menunjukkan bahawa keharmonian dan keamanan masyarakat melayu dengan jelas akan ketinggian daulat seseorang sultan.
        Kesimpulannya,sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam politik,ekonomi dan social. Pengenalan system residen di perak,Selangor, negeri Sembilan dan Pahang telah menjejaskan kedudukan kuasa sultan. Sultan hanya berkuasa dalam aspek agama islam dan adat istiadat melayu.

No comments:

Post a Comment