Thursday, September 1, 2011

Persoalan CINTA KU

Persoalan yang selalu bermain difikiran ku disaat aku mula rasa CINTA !!!!

1. Benarkah dia CINTA pada ku ?
2. Layak kah aku bersama dia?
3. Adakah dia jodoh ku yg ditentukan oleh ALLAH SWT ?
4. Boleh kah dia membimbingku ke jalan ALLAH SWT ?
5. Sanggupkah dia menerima kekurangan diriku?
6. Mampukan aku membahagiakan nya?
7. Berkekalan kah hubungan kami sampai akhir hayat?
8. Setia kah dia pada ku?
9. Adakah keluarga nya menerima ku?
10. Sudah bersediakah diri ku untuk dilukai lagi ? kerana aku tahu pasangan yg bercinta pasti akan merasa     kecewa kelak ..
11. Adakah kami saling memahami?
12. Adakah kami serasi?
13. Adakah dia JUJUR pada ku?
14. Adakah keluarga ku menerima nya?
15. Pastikah dia akan membahagiakan ku?
16. Adakah CINTA kami direstui oleh keluarga?
17. Adakah dia lelaki yang ku cari selama ini?
18. Bertanggungjawabkah dia?

Wednesday, August 10, 2011

friendzz...




NIE LAH WAJAH RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN KU...
MEREKA  MEMANG TERBAIK...
AKU SAYANG MEREKA SANGAT2..
HISYAM .... HAIKAL...
HAZIQA,... ALIA...
RAHMAH... EKIN...
SALWA... ACIM..
AIEN, .... ZAHIRA...
ISKANDAR... FARID...

Thursday, July 14, 2011

kegiatan perikanan akuakultur di malaysia

  • a)      Senaraikan 5 kawasan yang telah dimajukan dengan kegiatan akuakultur di Malaysia.

©      Pulau Aman (pulau pinang)
©      Sabak Bernam (Selangor)
©      Beluran (sabah)
©      Mercang dan kuala setiu (Terengganu)
©      Temerloh (Pahang)
©      Mersing (johor)

  • b)    Jelaskan mengapa kegiatan akuakultur semakin penting di Negara ini.


Antara kepentingan akuakultur di Malaysia ialah untuk menampung bekalan sumber perikanan laut.
Hal ini kerana stok perikanan laut semakin terjejas akibat kemerosotan dan kepupusan sumber  dan terjejas akibat musim atau permintaan pengguna semakin bertambah. Apabila mengalami musim tengkujuh nelayan tidak dapat ke laut menangkap hasil laut ,keadaan ini akan menyebabkan bekalan sumber perikanan di pasaran akan berkurang dan tidak mengcukupi di pasaran. Supaya Negara tidak terlalu bergantung dengan sumber perikanan di laut.Perikanan akuakultur merupakan pembekal  sumber protein tetap kepada Negara.

Keperluan penduduk yang semakin meningkat dan perubahan cita rasa.
Perikanan akuakultur dapat memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat. Jumlah penduduk Malaysia semakin meningkat,maka permintaan terhadap sumber perikanan juga akan turut meningkat. Dengan adanya perikanan akuakultur  ia dapat memenuhi permintaan penduduk  yang semakin ramai di Malaysia. Pengguna masa kini lebih gemar dengan hasil akuakultur kerana lebih enak,segar dan murah. Pengusahaan perikanan akuakultur merupakan pembekal utama kepada Negara.

Kepentingan seterusnya ialah menyumbang kepada sumber pendapatan Negara
menerusi pengeksportan pelbagai hasil ternakan ke luar Negara . contohnya hasil ternakan udang harimau,dan ikan kerapu telah dieksport ke jepun,hong kong dan singapura.

Meningkatkan pendapatan pendudukdan peluang pekerjaan.
 Dengan wujudnya  ternakan ikan akuakultur para nelayan tidak perlu terlalu bergantung kepada laut sebagai punca rezeki mereka. Ternakan akuakultur memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Individu yang melibatkan diri dalam pengusaha ini akan mendapatkan pendapatan yang lumayan kepada mereka. Hal ini kerana permintaan terhadap ternakan akuakultur akan sentiasa meningkat di dalam pasaran.

 Menggalakkan program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
. Perikanan akuakultur turut membantu meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program R&D seperti penyelidikan pembiakbakaan, cara-cara pembungkusan dan kajian pemakanan hasil ikan.
Sebagai contoh, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan di Pulau
Pinang telah menghasilkan benih ikan dan udang yang bermutu tinggi.

 Mengelakkan kepupusan hidupan marin.
Aktiviti perikanan di laut yang giat dijalankan telah menyebabkan sesetengah hidupan marin semakin pupus. Oleh itu, dengan adanya sektor akuakultur, spesies marin yang semakin pupus boleh dipelihara seperti ikan kerapu, udang harimau dan siakap.Pihak kerajaan telah menghasilkan pembiakbakaan spesies baru untuk
mengelakkan fenomena kepupusan

Mengurangkan kemusnahan dan gangguan ekosistem.
Tidak melibatkan penggunaan peralatan yang boleh mengganggu dan memusnahkan habitat.Sebagai contoh, pihak nelayan tidak perlu lagi menggunakan pukat yang akanmemusnahkan batu karang.Tidak mencemarkan air kerana menggunakan teknologi mesra alam. Sebagai
contoh, penggunaan sangkar dan tong.

  • c)      Bincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha perikanan.


Kekurangan modal.
Kebanyakkan nelayan di pinggir pantai masih dibelenggu kemiskinan hidup. Keupayaan modal yang terhad menyebabkan para nelayan tidak mampu untuk memiliki bot-bot yang besar ,pukat moden,kolam ternakan, dan sebagainya. Selain itu,nelayan menghadapi masalah berkaitan orang tengah yang menjerat para nelayan dengan system hutang yang berpanjangan. Nelayan tidak memperolehi hasil pendapatan sepenuhnya kerana hasil yang dijual kepada orang tengah adalah murah. Keadaan ini menyebabkan para nelayan tidak dapat menampung kehidupan seharian keluarga kerana pendapatan yang diperolehi hanya sedikit sahaja.

Masalah kekurangan teknologi.
Kebanyakkan nelayan di pinggir pantai masih masih bergantung terhadap teknologi tradisional seperti menggunakan bot kecil,sampan,pukat tangkul,bubu, dan sebagainya tidak mampu untuk meningkatkan hasil tangkapan mereka. Selain itu,taraf pendidikan yang rendah dikalangan nelayan menyebabkan mereka tidak mampu untuk mengendalikan bot besar,alat ecosonar,system telekomunikasi canggih dan sebagainya.

Masalah kekurangan buruh.
Hal ini berlaku kerana migrasi keluar tenaga buruh muda ke sector perindustrian di Bandar besar. Golongan muda lebih gemar bekerja di Bandar berbanding di kampong kerana mereka menganggap bahawa bidang ini tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan. Selain itu ,golongan muda masa kini kebanyakkan telah mempunyai taraf pendidikan yang tinggi ,mereka akan bekerja mengikut bidang yang mereka ceburi semasa di pusat pengajian tinggi. Keadaan ini menyebabkan kebanyakkan mereka yang melibatkan diri dalam pekerjaan sebagai nelayan adalah golongan tua. Masalah ini menyebabkan Negara terpaksa menggunakan tenaga buruh asing untuk menangani masalah kekurangan tenaga buruh khususnya tenaga buruh dari Thailand.

Masalah keselamatan nelayan.
Pada masa kini, ancaman lanun di laut antarabangsa,nelayan asing  dan pencorobohan nelayan asing merupakan masalah yang dihadapi oleh nelayan tempatan. Terdapat nelayan yang tidak sanggup untuk menangkap ikan di laut kerana bimbang akan keselamatan mereka akibat ancaman dari lanun-lanun tersebut. Perairan Negara sering dicerobohi oleh nelayan asing khususnya nelayan dari Thailand.

Masalah politik perairan antarabangsa.
Masalah sempadan perairan khususnya di zon ekonomi eksklusif (ZEE) menimbulkan risiko pencerobohan kawasan dan mudah  tertangkap dengan pihak berkuasa Negara lain.

Kepupusan sumber-sumber perikanan.
Masalah ini berlaku disebabkan kadar ekspoitasi sumber perikanan yang berlebihan , terutama berlaku di semenanjung Malaysia. Penggunaan pukat tunda menyebabkan kemusnahan habitat ikan dan anak-anak ikan juga akan tertangkap. Pelbagai sepsis ikan telah pupus akibat ekpoitasi yang berlebihan.

PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL DI CHINA & THAILAND

Penenalan

 Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan kesedaran nasionalisme di negara2 di Asia. Ini adalah tindakbalas drp perubahan2 yg dilakukan oleh penjajah dr pelbagai aspek polotik,ekonomi dan sosial. Istilah nasionalisme merujuk kepada negara dan bangsa. Ia bertujuan utk menegakkan kebebasan individu dan negara dr kokongan dan penindasan pihak penjajah. Oleh itu, sejak perang dunia ke-2 nasionalisme memjadi faktor utama utk menentang penjajah.Dgn ini tdk dpt dinafikan lagi bhw peranan golongan intelektual dan agama amatlah penting dlm mencetuskan kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat  Asia.

Isi-isi

Thailand

Di Negara Thai, pengenalan sistem pendidikan barat oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah melahirkan satu golongan intelektual yang didedahkan kepada idea-idea Barat seperti sistem pemerintahan sosialisme, liberalisme, demokrasi. Mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Rusia, Amerika Syarikat, dan Perancis akan lebih rapat dengan idea-idea demokrasi, penentuan kerajaan sendiri, dan kerajaan berperlembagaan.

Golongan intelektual menganggap bahawa sistem pemerintahan monarki mutlak yang masih diamalkan oleh Siam adalah penghalang utama kepada pemodenan dan kemerdekaan Siam seterusnya. Yang lebih memuncakkan keazaman mereka untuk menghapuskan kuasa mutlak raja ialah kelemahan-kelemahan Raja Vajiravudh dan Raja Prajadhipok yang ingin mengukuhkan kuasa mutlak mereka. Golongan intelektual Siam yang dipimpin oleh Pridi Phanamyong seorang professor  Undang-undang lulusan Universiti Paris berasa kecewa dengan kepincangan pentadbiran monarki mutlak. Mereka inginkan pembaharuan dalam struktur politik Siam. Mereka  hendak satu sistem pemerintahan yang berdasarkan demokrasi berperlembagaan.

Pada tahun 1932, golongan intelektual melancarkan Revolusi Siam bertujuan menamatkan kuasa mutlak raja. Dalam hal ini mereka berjaya apabila Raja Prajadhipok terpaksa menerima perlembagaan sementara yang digubal oleh Parti Rakyat. Golongan intelektual ini memainkan peranan penting dalam menjayakan Revolusi dan mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Siam.

China
              Di China juga, terdapat segolongan intelektual yg terdiri dr Kang Yu Wei, Liang Chi Chao telah mengutarakan idea2 radikal seperti  system pemerintahan raja berpelembagaan dan kerajaan berparlimen. Mereka ingin menyusun semula institusi-institusi sosial dan politik negara China berdasarkan modal barat supaya memodenkan dan mempertahankan negara China dari pencerobohan barat tetapi gagal. Intelektual China yg berjaya menggulingkan Dinasti Manchu dan menghapuskan pemerintahan beraja ialah Dr. Sun Yet Sen. Beliau berpendapat yang pemerintahan beraja sudah ketinggalan zaman dan menubuhkan Tung Meng Hui pd 1905 di Tokyo. Tujuan beliau ialah utk menubuhkan sebuah negara republik. Beliau tlh memungut wang dan menyukarkan sukarelawan utk melaksanakan pemberontakan di China.  Selain  itu beliau telah beri ceramah tentang pemberontakan nasionalisme melalui akhbar dan meminta bantuan dr luar spt Rusia serta menubuhkan KMT.

       Selain itu, golongan ini turut membantu dlm membangkitkan semangat nasionalisme melalui hasil tulisan.golongan intelektual ini tlh menganjurkan beberapa pembaharuan berasaskan sentimen yg lebih bersifat nasionalisme dan patriotisme melalui Gerakan Mental(1917). Hu Shih merupakan seorang tokoh yg menyumbang dlm aspek bahasa. Beliau tlh memperkenalkan bahasa muda iaitu Bahasa Mandarin (Pai Hua) utk menggantikan bahasa cina lama yg sukar difahami. Selain itu, universiti turut memainkan peranan  sbg pusat intelektual dimana penuntutnya mendpt inspirasi dr para pensyarah msg2. Ini tlh membawa kpd Gerakan 4 mei. Gerakan ini merupakan usaha utk memulihkan maruah negara China sbg sebuah negara yg bertamadun dan terkenal dgn gelaran “Middle of Kingdom”. Peperiksaan Perkhidmatan Awam juga tlh dihapuskan. Dgn ini tlh memberi peluang kpd penuntut utk menyertai perkhidmatan awam dgn lebih ramai.

     Di samping itu, golongan ini turut membantu mengusir penjajah dgn cara pemberontakan., Chen Tu- Hsiu memainkan peranan dlm menyemai semangat nasionalisme diklgn mskt cina. Idea2 beliau disalurkan melalui majalah ‘New Youth” utk memulihkan keadaan di China dgn membuang ajaran2 lama. Beliau berpendpt yg ajaran lama tdk berguna dan harus dibuang. Manakala belia cina digesa utk baiki keadaan dgn mengambil sikap lebih terbuka, progresif,liberal dan praktikal.Dari aspek agama, golongan agama tlh memainkan peranan dlm mendaulatkan kembali agama mereka dgn mengamalkan sikap anti- kristian. Dr. sun yat sen telah berjuang antara kata-kata semangat yang digunakan ialah “berjuang untuk keamanan,selamatkan china”

Penutup
            Peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Asia Tenggara tidak boleh dipersoalkan. Peranan mereka dalam membangkitkan dan memperjuangkan kemerdekaan adalah besar dan bermakna. Golongan ini menggunakan beberapa cara dengan harapan mencapai impian mereka. Ada yang mendedahkan kelemahan dan penindasan melalui bahan media, ada yang ingin menggunakan cara perlembagaan, dan ada pula yang ingin menggunakan cara revolusi dan militan. Dalam apa jua cara pun, kita boleh membuat kesimpulan bahawa golongan intelektual ini membekalkan kepimpinan dan bertindak demi kepentingan negara dan bangsa.

Tuesday, May 31, 2011

naluri hati

assalamualaikum,
wahai teman dan sahabat andai ku..
harap2 semua sihat belaka...


ahli keluarga tersayang...

tgk la dy nk jd pelapis pelari negara,hihi



comel x,
hisyhh msty comel muhd aqil syg


 daa pndai ajak main sembunyi2,hihi



hee!!!!


pengantin baby,hihi


31 MAY 2011

ASSALAMUALAIKUM,....


Wah!!!! dah terlalu lama aq tidak update blog nie,
bukan lupe tetapi sibuk dgn exam pertengahan tahun yg mencabar,
alhamdulilah skg da abes exam,boley la lari fokus cket,hihihi


aktiviti majlis penghargaan sempena HARI GURU, selepas pulang sy dan rakan seperjuangan pergi menikmati makanan iaitu ABC ,lau pon bru lepas hujan tetap gak kami makan, tidak reti sejuk tol kami nie,haha
namun ,sy gembira menikmati waktu2 terakhir berada di zaman persekolahan bersama rakan2.,
semoga sy dan rakan dpt melanjutkn pelajaran di peringkat yg lebih tinggi ,sudah semestinya di universiti seperti rakan2 kami yg len,huhu


HIDUP MESTI DITERUSKAN...
YEAHHH!!!!
HEHEHE







bersuka-suki



rakan yg bijak pandai & tetapi pelik byk maksud tersirat,hihi





ude & mustaqim



hee



puteri 6 atas 1,cehh




sementara menggu ketibaan ABC,hihi




hehe!!!!
ehh aq ke,hisyh



Tuesday, May 3, 2011

DASAR DALAM NEGARA

Dasar Dalam Negara.


DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA.

Pradasar ekonomi.

 Sebelum kedatangan penjajah,penduduk tempatan tertumpu kpd pertanian tradisional.

 Penjajah menggunakan dasar pecah & perintah, m’yebabkn jurang perbezaan antara kaum & kawasan Bandar dgn kaw. luar Bandar sgt ketara.

Factor penggubalan dasar ekonomi.

 Membangunkan ekonomi bumiputera yang mengamalkan pertanian tradisional (sara diri).

 Rancangan Malaysia pertama dirancang utk menitikberatkan pertumbuhan & pembaharuan ekonomi.

Rancangan Malaya pertama ( 1956-1960 )

 Digubal pd era kepimpinan Tunku Abdul Rahman Al –Haj ( PM 1)

 Merancang prosedur pembangunan ekonomi bg memajukan Negara sebelum kemerdekaan dan pascamerdeka.

Objektif.

 Untuk membangunkan sector ekonomi luar Bandar.

 Membina lebih banyak kemudahan asas di desa.

 Mempelbagaikan ekonomi dan dwiekonomi iaitu sector pertanian & perindustrian.

 Untuk meningkatkan peluang pekerjaan.

Strategi

 Menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan & Rural Industrial Devevelopment Authority.

 Membangunkan tanah terbiar & penguruskan pembukaan tanah baharu.

 Menempatan semula penduduk di tanah baharu.

 Meningkatkan amalan pertanian moden ( penubuhan kementerian pembangunan Negara dan luar Bandar )

 Menubuhkan jawatan kuasa luar Bandar peringkat negeri,daerah & kampong utk menyelaraskan projek luar Bandar

 Membantu petani melalui buku merah yg mengandungi cara pelaksanaan projek pembangunan luar Bandar.

Rancangan Malaya kedua ( 1961 – 1965 )

 Utk memulihkan sector ekonomi yg masih lemah dan memerlukan perunbahan.

 Mendapat galakan & nasihat drpd kerajaan british utk memajukan sector tempatan

Objektif

 Membangunkan sector ekonomi

 Meningkatkan kemudahan awam

 Meningkatkan pendapatan petani di luar Bandar

 Meningkatkan taraf hidup penduduk desa

 Mengurangkan pengantungan kpd makanan import

Strategi

 Membuka lebih banyak tanah utk pertanian & petempatan semula

 Menggiatkan pamasaran bg hasil pertanian & nelayan

 Meningkatkan taraf hidup penduduk luar Bandar & menyediakan peluang pekerjaan.

 Menambah kemampuan merancangan oleh FELDA cth projek johor tenggara

 Menubuhkan jawatan pembangunan kampong

 Penubuhan Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA )



Rancangan Malaysia pertama (1966 – 1970 )

 Memajukan ekonomi Negara

 Lanjutan rancangan Malaya kedua bertujuan membaik pulih kelemahan terdpt dlm rancngan Malaya kedua

Objektif

 Membangunkan ekonomi penduduk luar Bandar

 Memajukan tanah terbiar

 Meningkatkan taraf hidup penduduk

 Merangka langkah utk meningkatkan hasil pertanian

 Mengurangkan pengangguran

 Mewujudkan perpaduan

Strategi

 Menyediakan kemudahan utk mengurang jurang perbezaan antara penduduk luar Bandar dan Bandar.

 Menubuhkan penyatuan & pemulihan tanah persekutuan ( FELCRA ) utk memulih dan memajukan tanah

 Menubuhkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) utk membantu pengusaha melayu menjalankan & menguruskan perniagaan

 Memberikan tunjuk ajar & bantuan teknikal perniagaan

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRPJ 1) 1970-1990

Dasar ekonomi baru (1970-1990)

 Diwujudkan pd 13 mei 1969

 Memulihkan ekonomi bumiputera dibuat oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dipimpin oleh Allyarham Tunku Abdul Razak Hussien

 Rancangan utk meningkatkan pelaburan sector pertanian

 Meliputi rancangan Malaysia kedua (RMK 2) 1971 – 1975, (RMK 3) 1976-1980 (RMK 4) 1981-1985, & (RMK 5) 1986-1990

 Berasaskan ‘ zero sum option ‘ (tidak ada perbezaan dlm kemajuan ekonomi

Objektif

 Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

 Menyusun semula masyarakat tanpa mengira pekerjaan & penguasaan wilayah spt dlm ‘dasar pecah & perintah )

 Melakukan desentralisasi pembangunan spt

Ke arah intergrasi yg rapat antara negeri di Malaysia

Merangka dan merancang pembangunan pertanian & perindustrian

Mengeksploit sepenuhnya pontensi guna tenaga manusia & kaw. Kurang membangun.

Strategi

 Mepelbagaikan tanaman & m’peruntukan tanah kpd petani yg tidak m’pnyai tanah

 Menggalakkan insentif pembiakan kemudahan infrasktur & membuka lebih byk estet perindustrian

 Lebih byk kilang dibina utk mengurangkn kadar pengganguran

 Membangunkan wilayah luar Bandar spt DARA, KEJORA, JENGKA , & KESEDAR

 Menubuhkan agensi spt PNB,MARA ,& PERNAS utk meningkat ekuiti bumiputera dlm ekonomi

 Memberi bantuan pinjaman oleh bank bumiputera

Rancangan Malaysia Kedua ( 1971-1975 )

 Perancangan Pembangunan negara dr aspek ekonomi & social

 Berasaskan matlamat yg ingin dicapai oleh dasar ekonomi baru

Objektif

 Meningkat sector pertanian kaw. Luar Bandar, industry social & infrastruktur utk mengurangkan kadar kemiskinan

 Menggalakkan kemajuan ekonomi & social bumiputera bg menyusun semula penduduk Negara

 Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar Bandar

Strategi

 Menubuhkan PERNAS, UDA , & MARA

 Menyediakan peluang pekerjaan & membangunkan kemudahan asas

 Membuka tanah baharu utk pnddk miskin

 Penubuhan RISDA ,memberi bantuan kpd pekebun utk menanam semula getah

 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) utk memberi nasihat & tunjuk ajar kpd para petani

Rancangan Malaysia ketiga ( 1976-1980 )

 Lanjutan drpd rancangan Malaysia kedua (RMK2)

 Utk mengatasi kelemahan (RMK2)

Objektif

 Meningkatkan rancangan pembangunan wilayah

 Menggiatkan pembukaan tanah & meningkatkan taraf hidup rakyat

 Mengurangkan jarak perbezaan ekonomi dgn menyusun semula masyarakat

 Menggalakkan penglibatan orang melayu dlm sector perusahaan

Strategi

 Lebih byk pembangunan wilayah spt KEJORA , & DARA

 Pembukaan FELDA, PERNAS, UDA, MADA, & KADA serta kemajuan negeri Sembilan timur merupakan langkah kerajaan utk meneruskan program pembangunan Negara.

Rancangan Malaysia keempat ( 1981-1985 )

 Negara mengalami kemelesetan ekonomi & harga komoditi utama spt bijih timah, getah & kelapa sawit .

Objektif

 Meningkatkan pendapatan Negara melalui pengeluaran minyak mentah

 Memberi perhatian terhadap perkembangan industry berat.

 Meningkatkan pelaburan modal, menambahkan tenaga buruh, & memajukan teknologi moden

 Mengurangkan import luar negeri bg meningkatkan KDNK Negara.

Strategi

 Menggalakkan pertumbuhan industry berat.

 Memberi peluang kpd perkembangan industry kecil & sederhana (IKS)

 Membuat kajian di bwh dasar perindustrian Malaysia & pelan induk perindustrian bg memajukan struktur pemasaran.

 Menggalakkan pihak swasta utk mengurangkan beban kerajaan dgn menyediakan peluang pekerjaan.