Penenalan
Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan kesedaran nasionalisme di negara2 di Asia. Ini adalah tindakbalas drp perubahan2 yg dilakukan oleh penjajah dr pelbagai aspek polotik,ekonomi dan sosial. Istilah nasionalisme merujuk kepada negara dan bangsa. Ia bertujuan utk menegakkan kebebasan individu dan negara dr kokongan dan penindasan pihak penjajah. Oleh itu, sejak perang dunia ke-2 nasionalisme memjadi faktor utama utk menentang penjajah.Dgn ini tdk dpt dinafikan lagi bhw peranan golongan intelektual dan agama amatlah penting dlm mencetuskan kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat Asia.
Isi-isi
Thailand
Di Negara Thai, pengenalan sistem pendidikan barat oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah melahirkan satu golongan intelektual yang didedahkan kepada idea-idea Barat seperti sistem pemerintahan sosialisme, liberalisme, demokrasi. Mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Rusia, Amerika Syarikat, dan Perancis akan lebih rapat dengan idea-idea demokrasi, penentuan kerajaan sendiri, dan kerajaan berperlembagaan.
Golongan intelektual menganggap bahawa sistem pemerintahan monarki mutlak yang masih diamalkan oleh Siam adalah penghalang utama kepada pemodenan dan kemerdekaan Siam seterusnya. Yang lebih memuncakkan keazaman mereka untuk menghapuskan kuasa mutlak raja ialah kelemahan-kelemahan Raja Vajiravudh dan Raja Prajadhipok yang ingin mengukuhkan kuasa mutlak mereka. Golongan intelektual Siam yang dipimpin oleh Pridi Phanamyong seorang professor Undang-undang lulusan Universiti Paris berasa kecewa dengan kepincangan pentadbiran monarki mutlak. Mereka inginkan pembaharuan dalam struktur politik Siam. Mereka hendak satu sistem pemerintahan yang berdasarkan demokrasi berperlembagaan.
Pada tahun 1932, golongan intelektual melancarkan Revolusi Siam bertujuan menamatkan kuasa mutlak raja. Dalam hal ini mereka berjaya apabila Raja Prajadhipok terpaksa menerima perlembagaan sementara yang digubal oleh Parti Rakyat. Golongan intelektual ini memainkan peranan penting dalam menjayakan Revolusi dan mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Siam.
China
Di China juga, terdapat segolongan intelektual yg terdiri dr Kang Yu Wei, Liang Chi Chao telah mengutarakan idea2 radikal seperti system pemerintahan raja berpelembagaan dan kerajaan berparlimen. Mereka ingin menyusun semula institusi-institusi sosial dan politik negara China berdasarkan modal barat supaya memodenkan dan mempertahankan negara China dari pencerobohan barat tetapi gagal. Intelektual China yg berjaya menggulingkan Dinasti Manchu dan menghapuskan pemerintahan beraja ialah Dr. Sun Yet Sen. Beliau berpendapat yang pemerintahan beraja sudah ketinggalan zaman dan menubuhkan Tung Meng Hui pd 1905 di Tokyo. Tujuan beliau ialah utk menubuhkan sebuah negara republik. Beliau tlh memungut wang dan menyukarkan sukarelawan utk melaksanakan pemberontakan di China. Selain itu beliau telah beri ceramah tentang pemberontakan nasionalisme melalui akhbar dan meminta bantuan dr luar spt Rusia serta menubuhkan KMT.
Selain itu, golongan ini turut membantu dlm membangkitkan semangat nasionalisme melalui hasil tulisan.golongan intelektual ini tlh menganjurkan beberapa pembaharuan berasaskan sentimen yg lebih bersifat nasionalisme dan patriotisme melalui Gerakan Mental(1917). Hu Shih merupakan seorang tokoh yg menyumbang dlm aspek bahasa. Beliau tlh memperkenalkan bahasa muda iaitu Bahasa Mandarin (Pai Hua) utk menggantikan bahasa cina lama yg sukar difahami. Selain itu, universiti turut memainkan peranan sbg pusat intelektual dimana penuntutnya mendpt inspirasi dr para pensyarah msg2. Ini tlh membawa kpd Gerakan 4 mei. Gerakan ini merupakan usaha utk memulihkan maruah negara China sbg sebuah negara yg bertamadun dan terkenal dgn gelaran “Middle of Kingdom”. Peperiksaan Perkhidmatan Awam juga tlh dihapuskan. Dgn ini tlh memberi peluang kpd penuntut utk menyertai perkhidmatan awam dgn lebih ramai.
Di samping itu, golongan ini turut membantu mengusir penjajah dgn cara pemberontakan., Chen Tu- Hsiu memainkan peranan dlm menyemai semangat nasionalisme diklgn mskt cina. Idea2 beliau disalurkan melalui majalah ‘New Youth” utk memulihkan keadaan di China dgn membuang ajaran2 lama. Beliau berpendpt yg ajaran lama tdk berguna dan harus dibuang. Manakala belia cina digesa utk baiki keadaan dgn mengambil sikap lebih terbuka, progresif,liberal dan praktikal.Dari aspek agama, golongan agama tlh memainkan peranan dlm mendaulatkan kembali agama mereka dgn mengamalkan sikap anti- kristian. Dr. sun yat sen telah berjuang antara kata-kata semangat yang digunakan ialah “berjuang untuk keamanan,selamatkan china”
Penutup
Peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Asia Tenggara tidak boleh dipersoalkan. Peranan mereka dalam membangkitkan dan memperjuangkan kemerdekaan adalah besar dan bermakna. Golongan ini menggunakan beberapa cara dengan harapan mencapai impian mereka. Ada yang mendedahkan kelemahan dan penindasan melalui bahan media, ada yang ingin menggunakan cara perlembagaan, dan ada pula yang ingin menggunakan cara revolusi dan militan. Dalam apa jua cara pun, kita boleh membuat kesimpulan bahawa golongan intelektual ini membekalkan kepimpinan dan bertindak demi kepentingan negara dan bangsa.
nak tnye pe kelemahanpejuang golongan intelektual ni?
ReplyDeleteNNF