Friday, December 12, 2014

Kebaikan Solat Berjemaah.

Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan dua orang atau lebih bilangannya secara bersama dengan diketuai oleh seorang yang dikenali atau dipanggil sebagai imam seterusnya disertai dengan solat berjemaah.
Menurut satu petikan berita online iaitu utusan online dalam skop bicara agama yang bertajuk sains akui kelebihan solat berjemaah mengatakan bahawa Allah SWT berfirman yang bermaksud : dan apabila engkau berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu),lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka ,maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu dan menyandang senjata ,kemudian apabila mereka (yang solat beserta denganmu) sujud maka hendaklah mereka berpindah dari belakangmu (untuk menghadap musuh). Surah an- nisa ayat 102).
Menurut buku 100 jejak peribadi Rasulullah SAW yang ditulis oleh muhd nasruddin  dasuki dalam bab yang bertajuk sentiasa berkunjung ke rumah Allah mengatakan bahawa pada hari akhirat terdapat tujuh golongan yang mendapat naungan daripada Allah. Salah satunya ialah orang lelaki yang sentiasa ke masjid untuk beriktikaf,solat berjemaah atau mengikutu majlis-majlis ilmu. Disini jelaslah bahawa in shaa allah responden ini termasuk daripada golongan yang mendapat naungan daripada Allah kelak di hari akhirat.  

Kelebihan solat berjemaah.

Mendapat ganjaran 27 kali ganda.

Melalui riwayat al – bukhari ,Nabi Muhammad SAW dalam sabda baginda yang 
bermaksud : solat berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang berseorangan dengan 
kelebihan yang diperolehi sebanyak 27 kali ganda darjatnya. Sabda Rasulullah dalam 
ayat tersebut menyatakan betapa Allah SWT melipat kali gandakan ganjaran kepada 
hambanya yang menunaikan solat berjemaah berbanding solat secara bersendirian 
walaupu ia tiada perbezaan dari segi perbuatan fizikal mahupun bacaan yang dilakukan 
dalam solat.


 Menyihatkan tubuh badan.

Menurut dalam petikan akhbar utusan online yang bertajuk sains akui kelebihan solat
berjemaah menyatakan bahawa pakar sains fizik di sebuah universiti di amerika syarikat
iaitu Prof .John Herbert selepas membuat kajian mengenai tujuan dan kelebihan solat
berjemaah telah terbukti dari segi saintifik. Hasil kajian tersebut mendapat bahawa 
sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mamu menyeimbangkan cas elektrik positif dan 
negatif  yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh Jemaah atau individu lebih 
segar dan bertenaga.

Tubuh manusia terdiri terdiri daripada dua cas iaitu positif dan negatif. Setiap aktiviti
harian kita bekerja ,beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga menyebabkan 
berlakunya pertukaran cas positif dan negatif  yang menyebabkan ketidakseimbangan cas 
tersebut dalam tubuh badan. Keadaan yang berlaku menyebabkan tubuh berasa letih dan 
tidak bermaya. Oleh itu, cas ini haruslah diseimbangkan semula bagi memulihkan tubuh 
badan dengan cara menunaikan solat berjemaah yang dapat merangsang proses pertukaran
cas elektrik dalam tubuh kita.

Mengukuhkan persaudaraan sesama umat islam.

Dalam solat berjemaah seperti yang kita tahu memerlukan jemaah berdiri rapat sehingga
menyentuh bahu jemaah yang berada disebelah kanan dan bersalaman selepas solat. 
Keadaan ini mampu mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat 
sekeliling dan dalam konteks universiti ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim dan


 Ketenangan jiwa.

Apabila melakukan solat berjemaah di rumah-rumah Allah atau di mana sahaja 
menyebabkan hati berasa tenang. Mungkin apabila melakukan solat dirumah terdapat 
gangguan yang berlaku menyebabkan solat tidak khusyuk. Sebagai contoh mendengar 
bunyi televisyen, anak menangis, mendengar suara orang berbual dalam nada 
suara yang tinggi dan sebagainya. Namun apabila amalan solat ini dilakukan di rumah 
Allah secara berjemaah kita dapat merasai ketenangan dalam melakukan solat sekaligus 
solat khusyuk dapat dilakukan.

Berpeluang menambah ilmu.

Solat berjemaah juga boleh menambah ilmu pengetahuan  di mana kebiasaannya selepas 
solat berjemaah imam akan menyampaikan sedikit takzirah mengenai apa sahaja topik 
untuk dikongsikan kepada jemaah lain untuk memperbaiki diri ke  arah kebaikkan. Ilmu 
yang disampaikan akan digunapakai dalam amalan kehidupan seharian. Hal ini kerana 
pada masa kini sukar untuk melihat individu membaca buku ilmiah agama terutamannya 
golongan remaja. Ilmu yang diperolehi ini akan meningkatkan pengetahuan remaja 
terutamanya dalam memperbaiki amalan kehidupan seharian. 

Hasil Daripada Melaksanakan Tugasan Kauseling Dalam Islam.
Semoga Sedikit Perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda. 


Tuesday, December 17, 2013

Experince Zapin , Lakonan, Tarian




Salam sayang semua... 



Apa khabar anda? sihat tak?
rasa rindu nak update blog nie
sebenarnya niat dihati menggunung nak update blog 
tapi masa tak mengizinkan
semester 3 nie saya sibuk sangat ,hehe
nak share pengalaman nie ,hehe
semester ini macam-macam experince yang saya dapat tau !
first sekali 
ada kelas yang meminta kami student untuk menulis mengenai
kehidupan seharian lebih ke arah diari tapi lecture kami panggil jurnal,hehe..
terasa tenang apabila menulis jurnal 
sebenarnya macam-macam nak tulis tapi tak ada masa..
second saya belajar tarian zapin,hehe
nama je orang johor pada hakikatnya tarian yang sinomin dengan negeri joho pun tak pandai,huh
sebenarnya bukan tak pandai tapi saya tak didedahkan dengan tarian itu, 
menari zapin masa sekolah rendah mana la sayang ingat,huhu
saya berlatih terus berlatih sehingga tiba majlis berlangsung
alhamdulilah semua nyer okey , saya sekumpulan melakukan dengan terbaik sekali,hehe
saya juga berlakon dan menyanyi ,hihi
pelik kan dah lah pemalu boleh nak berlakon
tapi saya sabut cabaran itu dengan buat yang terbaik 
seterusnya saya juga menjadi ajk protokol,huhu
ajak protokol ini memang dah sinonim dengan urusan ini asyik dpt tugasan ajk protokol jer,huhu
but , im so happy n enjoy hopefully mark semester baik ..
jom tengok pengalaman saya..



masa lepas zapin mula lega semua nyer..

okey dah sampai disini kita bersua esok-esok jumpa lagi ,.. daaa



Wednesday, September 18, 2013

JATA DIRI ( Coat Of Arms )




اسسامولايكوم 
apa khabar semua? 
dah berkurun rasa nyer tak mengupdatekan blog nie, 
hehe.. 
kali nie update masuk semester 3 dah saya,
terlalu pantas masa berlalu..
bila nak semester 8 nie,hehe
berangan kan , masih banyak yang perlu ditempuhi ..

semester ni saya buat sesuatu yang tak pernah saya buat ,
jeng jeng jeng, 
apakah benda tuh ,hehe
JATA DIRI .
 buat kali ni aku buat jata diri ,
dari mana timbul buat jata ni ,
haaa...
dari subjek pintar cerdas la,hehe


wahhh , ni lah Jata yang telah saya hasilkan
tak menarik kan , 
maklum lah saya ni tak kreatif dan inovatif ,
haha...
tapi cube la juga ni lah hasil nyer..
matlamat jangka pendek dah tercapai dah.. hehe...
berharap matlamat jangka panjang juga turut tercapai kelak.
insyaallah,hehe
Doakan saya ye semua supaya saya dapat mencapai 
matlamat saya,hehe


Tuesday, March 19, 2013



 INI ADALAH KELUARGA SAYA YANG TERSAYA "I LOVE YOU SO MUCH"


 WAH, comel sungguh house aku semester dua nie , 
nie gambar kami di kolej kediaman baru semester dua   ' kolej harunaminurrashid' kami masih serumah lagi,hehe


ehem 2x, kami dah setahun dah, doakan kami berkekalan eh,
 kami perlu restu daripada ALLAH SWT dan ibubapa kami.

Thursday, September 27, 2012


Belajar di Universiti.

Assalamualaikum
hello !

Hmm , lama dah tak update cerita aku kat blog nie,
tak sempat la nak menaip,haha...
aku sekarang melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
dalam kos Pendidikan Khas,hehehe..
dah sebulan dah kat sini ...
semoga semua perjalanan hidup aku disini dipermudahkan .
Amin.

Friday, March 16, 2012

Syukur !

Salam 1 Malaysia my all followers,hee..
Lama dah tak online ,hal maklum lah sibuk 
dengan aktiviti menjahit,
sememangnya sukar jugak untuk menjahit nie,
betul kata orang tak ada benda yang mudah dalam hidup kita kan..
Ohpss cukup cerita pasal tu,hee
balik semula pada topik asal td,
aku bersyukur keatas keputusan peperiksaan STPM 2011
kerana aku mendapat keputusan yang baik,
lagipun saya dilahirkan sebagai manusia yg sederhana,
saya tidak pandai pun dalam pelajaran,
tapi mungkin usaha saya yg ingin masuk u "jom masuk u " hee..
& doa ibubapa,rakan seperjuangan, guru, & si dia..
semoga perjalanan kehidupan aku selepas nie lebih baik daripada sebelum ini.
Terima kasih tuhan, & semua orang yang pernah hadir dalam hidup saya ...
thank you so much ,
i love you my dear ..