- a) Senaraikan 5 kawasan yang telah dimajukan dengan kegiatan akuakultur di Malaysia.
© Pulau Aman (pulau pinang)
© Sabak Bernam (Selangor)
© Beluran (sabah)
© Mercang dan kuala setiu (Terengganu)
© Temerloh (Pahang)
© Mersing (johor)
- b) Jelaskan mengapa kegiatan akuakultur semakin penting di Negara ini.
Antara kepentingan akuakultur di Malaysia ialah untuk menampung bekalan sumber perikanan laut.
Hal ini kerana stok perikanan laut semakin terjejas akibat kemerosotan dan kepupusan sumber dan terjejas akibat musim atau permintaan pengguna semakin bertambah. Apabila mengalami musim tengkujuh nelayan tidak dapat ke laut menangkap hasil laut ,keadaan ini akan menyebabkan bekalan sumber perikanan di pasaran akan berkurang dan tidak mengcukupi di pasaran. Supaya Negara tidak terlalu bergantung dengan sumber perikanan di laut.Perikanan akuakultur merupakan pembekal sumber protein tetap kepada Negara.
Keperluan penduduk yang semakin meningkat dan perubahan cita rasa.
Perikanan akuakultur dapat memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat. Jumlah penduduk Malaysia semakin meningkat,maka permintaan terhadap sumber perikanan juga akan turut meningkat. Dengan adanya perikanan akuakultur ia dapat memenuhi permintaan penduduk yang semakin ramai di Malaysia. Pengguna masa kini lebih gemar dengan hasil akuakultur kerana lebih enak,segar dan murah. Pengusahaan perikanan akuakultur merupakan pembekal utama kepada Negara.
Kepentingan seterusnya ialah menyumbang kepada sumber pendapatan Negara
menerusi pengeksportan pelbagai hasil ternakan ke luar Negara . contohnya hasil ternakan udang harimau,dan ikan kerapu telah dieksport ke jepun,hong kong dan singapura.
Meningkatkan pendapatan pendudukdan peluang pekerjaan.
Dengan wujudnya ternakan ikan akuakultur para nelayan tidak perlu terlalu bergantung kepada laut sebagai punca rezeki mereka. Ternakan akuakultur memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Individu yang melibatkan diri dalam pengusaha ini akan mendapatkan pendapatan yang lumayan kepada mereka. Hal ini kerana permintaan terhadap ternakan akuakultur akan sentiasa meningkat di dalam pasaran.
Menggalakkan program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
. Perikanan akuakultur turut membantu meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program R&D seperti penyelidikan pembiakbakaan, cara-cara pembungkusan dan kajian pemakanan hasil ikan.
Sebagai contoh, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan di Pulau
Pinang telah menghasilkan benih ikan dan udang yang bermutu tinggi.
Sebagai contoh, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan di Pulau
Pinang telah menghasilkan benih ikan dan udang yang bermutu tinggi.
Mengelakkan kepupusan hidupan marin.
Aktiviti perikanan di laut yang giat dijalankan telah menyebabkan sesetengah hidupan marin semakin pupus. Oleh itu, dengan adanya sektor akuakultur, spesies marin yang semakin pupus boleh dipelihara seperti ikan kerapu, udang harimau dan siakap.Pihak kerajaan telah menghasilkan pembiakbakaan spesies baru untuk
mengelakkan fenomena kepupusan
mengelakkan fenomena kepupusan
Mengurangkan kemusnahan dan gangguan ekosistem.
Tidak melibatkan penggunaan peralatan yang boleh mengganggu dan memusnahkan habitat.Sebagai contoh, pihak nelayan tidak perlu lagi menggunakan pukat yang akanmemusnahkan batu karang.Tidak mencemarkan air kerana menggunakan teknologi mesra alam. Sebagai
contoh, penggunaan sangkar dan tong.
contoh, penggunaan sangkar dan tong.
- c) Bincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha perikanan.
Kekurangan modal.
Kebanyakkan nelayan di pinggir pantai masih dibelenggu kemiskinan hidup. Keupayaan modal yang terhad menyebabkan para nelayan tidak mampu untuk memiliki bot-bot yang besar ,pukat moden,kolam ternakan, dan sebagainya. Selain itu,nelayan menghadapi masalah berkaitan orang tengah yang menjerat para nelayan dengan system hutang yang berpanjangan. Nelayan tidak memperolehi hasil pendapatan sepenuhnya kerana hasil yang dijual kepada orang tengah adalah murah. Keadaan ini menyebabkan para nelayan tidak dapat menampung kehidupan seharian keluarga kerana pendapatan yang diperolehi hanya sedikit sahaja.
Masalah kekurangan teknologi.
Kebanyakkan nelayan di pinggir pantai masih masih bergantung terhadap teknologi tradisional seperti menggunakan bot kecil,sampan,pukat tangkul,bubu, dan sebagainya tidak mampu untuk meningkatkan hasil tangkapan mereka. Selain itu,taraf pendidikan yang rendah dikalangan nelayan menyebabkan mereka tidak mampu untuk mengendalikan bot besar,alat ecosonar,system telekomunikasi canggih dan sebagainya.
Masalah kekurangan buruh.
Hal ini berlaku kerana migrasi keluar tenaga buruh muda ke sector perindustrian di Bandar besar. Golongan muda lebih gemar bekerja di Bandar berbanding di kampong kerana mereka menganggap bahawa bidang ini tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan. Selain itu ,golongan muda masa kini kebanyakkan telah mempunyai taraf pendidikan yang tinggi ,mereka akan bekerja mengikut bidang yang mereka ceburi semasa di pusat pengajian tinggi. Keadaan ini menyebabkan kebanyakkan mereka yang melibatkan diri dalam pekerjaan sebagai nelayan adalah golongan tua. Masalah ini menyebabkan Negara terpaksa menggunakan tenaga buruh asing untuk menangani masalah kekurangan tenaga buruh khususnya tenaga buruh dari Thailand.
Masalah keselamatan nelayan.
Pada masa kini, ancaman lanun di laut antarabangsa,nelayan asing dan pencorobohan nelayan asing merupakan masalah yang dihadapi oleh nelayan tempatan. Terdapat nelayan yang tidak sanggup untuk menangkap ikan di laut kerana bimbang akan keselamatan mereka akibat ancaman dari lanun-lanun tersebut. Perairan Negara sering dicerobohi oleh nelayan asing khususnya nelayan dari Thailand.
Masalah politik perairan antarabangsa.
Masalah sempadan perairan khususnya di zon ekonomi eksklusif (ZEE) menimbulkan risiko pencerobohan kawasan dan mudah tertangkap dengan pihak berkuasa Negara lain.
Kepupusan sumber-sumber perikanan.
Masalah ini berlaku disebabkan kadar ekspoitasi sumber perikanan yang berlebihan , terutama berlaku di semenanjung Malaysia. Penggunaan pukat tunda menyebabkan kemusnahan habitat ikan dan anak-anak ikan juga akan tertangkap. Pelbagai sepsis ikan telah pupus akibat ekpoitasi yang berlebihan.